Utusan Borneo (Sabah)

PMB disaran dukung aspirasi ekonomi digital Sarawak

Komunikasi kini semakin maju, ahli persatuan perlu pertingkat diri untuk beri perkhidmat­an terbaik kepada komuniti

-

BINTULU: Ahli persatuan khusus Persatuan Melanau Bintulu (PMB) perlu mengadapta­si perubahan sekali gus menjadi pelopor dan pendukung dalam ekonomi digital yang diperkenal Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memberi perkhidmat­an kepada masyarakat setempat.

Menteri Integriti dan Ombudsman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, komunikasi kini berubah dan lebih maju dalam menuntut ahli persatuan menghadapi perubahan serta memperting­kat diri supaya benar-benar dapat berkhidmat dengan baik kepada masyarakat.

“Perubahan itu penting supaya kita tidak ketinggala­n dalam persekitar­an semasa dan perlu memahami perubahan berlaku sama ada dalam pendidikan, persekitar­an kerja dan sebagainya,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Malam Amal Persatuan Melanau Bintulu (PMB) di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Hadir di majlis itu, Pegawai Daerah Bintulu, Mataip Sayu; Penasihat 1 dan 2 PMB, Datu Mohidin Ishak dan Pemanca Rosli Kamaruddin; Yang Dipertua PMB, Shamsuddin Abdul Razak; Timbalanny­a, Ketua Kaum Kederi Junaidi; Temenggung Datuk Barry Yek; Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Serba Dinamik Holdings Berhadmera­ngkapPenge­rusiDewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Bintulu, Abdul Kadier Sahib serta ahli-ahli Exco PMB.

Talib yakin ahli persatuan dan persatuan sendiri lebih mengetahui DATUK TALIB ZULPILIP Menteri Integriti dan Ombudsman mengenai keadaan serta perubahan berlaku melihat perbanding­an keadaan masa lalu dan masa sekarang serta masa hadapan.

Dalam perkembang­an lain, beliau menggesa agar ahli persatuan mengamalka­n integriti, amanah dan jujur, megenepi amalan rasuah dalam menguruska­n persatuan mereka agar dapat terus maju.

“Saya melihat PMB mengamalka­n kepimpinan baik dan menjalan tugas diamanah dengan sempurna selain melaksanak­an banyak program. Teruskan reputasi anda sebagai organisasi baik tersebut,” katanya.

Berikutan pelaksanaa­n program dan projek betul oleh persatuan itu, beliau memberi jaminan untuk meneruskan sokongan dan memberi dana bantuan bagi menggerakk­an aktiviti persatuan tersebut.

“Perubahan itu penting supaya kita tidak ketinggala­n dalam persekitar­an semasa dan perlu memahami perubahan berlaku sama ada dalam pendidikan, ” persekitar­an kerja dan sebagainya.

 ??  ?? TALIB menggaul tepung sagu sambil dibancuh dengan air panas untuk membuat Na’aw (linut atau ambuyat) sebagai simbolik perasmian Malam Amal Persatuan Melanau Bintulu sambil disaksikan oleh Shamsuddin (tengah), Mohidin, Barry, Kadier (kiri), Mataip,...
TALIB menggaul tepung sagu sambil dibancuh dengan air panas untuk membuat Na’aw (linut atau ambuyat) sebagai simbolik perasmian Malam Amal Persatuan Melanau Bintulu sambil disaksikan oleh Shamsuddin (tengah), Mohidin, Barry, Kadier (kiri), Mataip,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia