Utusan Borneo (Sabah)

Bantu anak hadapi cabaran dunia, realisasi TN50

-

MIRI: Ibu bapa mesti memainkan peranan aktif dalam membantu anak-anak bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar terutama mendapatka­n pekerjaan yang baik dan mencapai Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau berkata adalah penting setiap kanak-kanak dididik dan memperoleh kemahiran khas selaras dengan kehidupan masa depan yang bergantung kepada teknologi.

“Kanak-kanak hari ini mungkin tidak melihat gambaran masa depan, oleh itu tanggungja­wab ibu bapa bersama sekolah untuk mewujudkan kesedaran ini bahawa mata pelajaran seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, selain aktif dalam aktiviti kokurikulu­m adalah amat penting untuk masa depan mereka.

“Tanggungja­wab ini bukan terletak di bahu sekolah sahaja, tetapi ibu bapa juga tidak boleh mengabaika­n pendidikan anak-anak dan mesti mencari jalan menghabisk­an masa dengan mereka dan menerangka­n mengenai perkara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Tudan (SKT) baru-baru ini.

Dennis menambah, persaingan menjadi lebih sengit, bahkan kerani sekarang perlu memiliki sijil khusus, sedangkan suatu ketika dahulu mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mudah memperoleh pekerjaan dengan gaji bulanan lumayan.

“Oleh itu, saya menggesa ibu bapa untuk mengikuti dengan teliti TN50 iaitu cara negara ke hadapan dalam 30 tahun akan datang, dan sistem sekolah itu sendiri juga mesti kekal dinamik, progresif dan sentiasa bersedia untuk melalui evolusi sejajar dengan kemodenan.

“Ibu bapa mesti mengemas kini diri mereka dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka di negeri, negara dan dunia supaya dapat bersaing dengan dunia yang sentiasa berubah, kemajuan anak-anak dan tidak ketinggala­n dalam isu-isu semasa,” tambah Dennis.

Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kerajaan negeri cuba menekankan dan membangunk­an negeri ini melalui ekonomi digital yang juga akan menawarkan peluang luas kepada rakyat.

Sementara itu, beliau memuji pencapaian SKT dalam memain peranan sebagai sebuah institusi pendidikan yang berjaya.

“Sekolah ini diberkati dengan pemimpin yang komited dan profesiona­l, guru-guru dan kakitangan sokongan dan peningkata­n berterusan dalam keputusan peperiksaa­n adalah hasil kerja kumpulan yang hebat antara pengurusan sekolah dan ibu bapa.

“Sekolah ini pasti 10 kali lebih besar daripada semua sekolah di bawah kawasan saya tetapi harus kekal menjaga semangat positif dan teruskan hasil kerja yang baik,” katanya.

 ??  ?? DENNIS memegang pensel besar dan menandatan­gani gegantung sebagai simbolik perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SKT.
DENNIS memegang pensel besar dan menandatan­gani gegantung sebagai simbolik perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SKT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia