Utusan Borneo (Sabah)

Aliudin terima anugerah tertinggi Samas

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Atlet veteran kebanggaan negara Aliudin Jumaat dikalungka­n dengan anugerah tertinggi pada Malam Anugerah SAMAS 2017 yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna, Sabah Golf and Country Club (SGCC), Luyang pada Sabtu.

Atlet berusia 62 tahun yang juga Presiden Persatuan Olahraga Masters NegSabah eri (Samas) itu dikalungka­n dengan Anugerah

Atlet Prestij atas kejayaan tertinggi me-

TETAMU kenamaan dan ahli majlis Samas bersama-sama memotong kek Ulangtahun Samas Ke-10.

menangi pingat perak dalam acara 60 meter (m) lari berpagar di Kejohanan Olahraga (Dalam Bangunan) Masters Dunia Ke-7, 2017 di Daegu, Korea Selatan pada hujung Mac lalu. Pengiktira­fan kedua menerusi Anugerah Pingat Emas Terbanyak dikalungka­n kepada Juliana Gumpil selepas memenangi 11 pingat emas di peringkat antarabang­sa termasuk tiga pingat emas di Kejohanan Olahraga Master Asia Ke-20, 2017 yang berlangsun­g di Rugao, wilayah Jiangsu, China pada hujung September lalu.

Anugerah Atlet `Rookie’ menyaksika­n kategori lelaki dikalungka­n kepada Saidi Kailu, sambil kategori wanita dikalungka­n kepada Cecilia Maksimon.

Manakala Anugerah Atlet Paling Tabah disandang oleh Daim Gayam.

Selain empat anugerah itu, majlis bersempena Sambutan Ulangtahun Samas Ke-10 itu juga menyampaik­an banyak lagi anugerah dan penghargaa­n lain kepada semua yang berjasa.

Majlis juga dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian, tarian, sukaneka dan pengumuman Pakaian Tercantik kategori lelaki dan wanita.

“Majlis anugerah ini merupakan pengiktira­fan dan penghargaa­n Samas kepada semua pengiat veteran yang tidak pernah lelah dan berputus asa, berlatih bukan sahaja untuk kesihatan diri, tetapi juga menanam azam lebih tinggi untuk mewakili dan mengharumk­an nama Sabah dan Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Selaku presiden, saya berterima kasih kepada semua, dan penghargaa­n tinggi juga kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis

mereka yang menghadiri Malam Anugerah Samas 2017 di Dewan Serbaguna, SGCC, Luyang pada Sabtu.

Sukan Negeri Sabah (MSNS) serta Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) atas sokongan dan bantuan yang diberikan untuk membolehka­n persatuan ini merealisas­ikan setiap program yang dirancang sepanjang tahun,” jelas Aliudin.

“Kita berharap atlet-atlet Samas akan mencapai kejayaan lebih besar dan tinggi lagi di tahun hadapan.

“Persediaan juga telah bermula untuk Samas menganjurk­an Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Sabah 2018 yang akan berlangsun­g di Stadium Likas, Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 28-29 April tahun hadapan,” tambah beliau.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA
ANTARA
 ??  ?? PARA penerima anugerah dan penghargaa­n merakamkan kenangan beramai-ramai.
PARA penerima anugerah dan penghargaa­n merakamkan kenangan beramai-ramai.
 ??  ?? ALIUDIN bersama Anugerah Atlet Prestij 2017.
ALIUDIN bersama Anugerah Atlet Prestij 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia