Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Kediaman Excellent juara keseluruha­n

-

KOTA KINABALU: Kolej Kediaman Excellent merangkul gelaran juara keseluruha­n Karnival Sukan Antara Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2018 yang berakhir di sini pada Ahad.

Kolej Kediaman Excellent menewaskan tujuh pasukan lain termasuk dari Labuan dan Sandakan yang bertanding di temasya dua hari itu yang melibatkan 11 jenis sukan.

Kolej Kediaman Excellent membolot empat emas menerusi sukan bola tampar lelaki dan wanita, ping pong berpasukan dan bola jaring selain lima perak dan satu gangsa untuk berada dipersada carta pungutan pingat.

Pasukan itu dicabar sengit oleh naib johan keseluruha­n Kolej Kediaman Tun Mustapha yang berjaya membawa pulang tiga emas dan satu gangsa, manakala Kolej Kediaman Beta Labuan dengan tiga emas berada pada kedudukan ketiga keseluruha­n.

Timbalan Naib Canselor HalEhwalPe­lajar(HEP)UMS Prof. Dr. Ismail Ali semasa berucap menyempurn­akan Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah, menekankan penglibata­n seluruh mahasiswa dan mahasiswi dalam apa juga aktiviti sukan yang bermanfaat.

Beliau mahukan warga UMS menjadi jaguh sukan hebat sehingga mampu melakar nama di peringkat antarabang­sa, di samping menekankan kepentinga­n sukan untuk meningkata­n kecergasan dan kesihatan.

Sejajar itu, sebagai permulaan, beliau mahukan UMSmenjadi­juaraKejoh­anan Sukan IPT Sabah merebut Piala Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia yang akan berlangsun­g pada 16-17 Disember.

Temasya yang akan berlangsun­g di Kompleks Sukan UMS itu akan disertai oleh semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta di Sabah dengan melibatkan 10 jenis sukan, di mana ini merupakan UMS menjadi tuan rumah kejohanan itu.

DESMOND QWEK

-Oleh

 ??  ?? PARA pegawai kenamaan, pegawai dan atlet Kolej Kediaman Excellent merai kejayaan mereka merangkul gelaran juara keseluruha­n Karnival Sukan Antara Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2018 di Kompleks Sukan UMS pada Ahad.
PARA pegawai kenamaan, pegawai dan atlet Kolej Kediaman Excellent merai kejayaan mereka merangkul gelaran juara keseluruha­n Karnival Sukan Antara Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2018 di Kompleks Sukan UMS pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia