Utusan Borneo (Sabah)

Myanmar perlu cari penyelesai­an berhubung pelarian Rohingya

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kerajaan Myanmar tidak boleh berdolak dalih dalam isu pelarian Rohingya dan mesti mencari penyelesai­an untuk menerima kembali rakyat mereka yang lari ke beberapa negara lain.

Ini kerana menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, keadaan itu turut membebanka­n beberapa negara jiran lain termasuk Malaysia yang kini menerima 62,000 pelarian Rohingya.

“Penempatan pelarian terbesar di Cox’s Bazar Bangladesh sungguh menyayat hati dalam keadaan tidak sesuai untuk kehidupan seorang manusia biasa. Mereka memerlukan bahan makanan, perubatan, pakaian dan sebagainya untuk kehidupan mereka berhari-hari.

“Tentu sekali bantuan tidak mencukupi bagi menampung keperluan satu juta manusia yang tersisih di beberapa khemah di Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata lawatan ahli parlimen bukan sahaja akan membuka mata rakyat untuk hulurkan bantuan, malah ia akan dapat gerakkan hati masyarakat dunia hulurkan bantuan.

“Tetapi Myanmar tidak boleh berdolak dalih dan perlu terima semula masyarakat Rohingya bagi ringankan beban negara yang terlibat dalam konflik yang berlaku,” katanya dipetik pada portal BNBBC.my.

Turut serta dalam lawatan ini Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Aziz Kaprawi.

Terdahulu beliau bersama 12 ahli parlimen telah membuat lawatan di kem pelarian Balukhali bagi melihat sendiri kesengsara­an yang dihadapi mereka.

Menurut Ronald, kerajaan Myanmar harus bertegas mencari penyelesai­an untuk jangka masa panjang kerana bantuan yang diberikan banyak pihak termasukla­h Malaysia hanyalah penyelesai­an sementara untuk memenuhi segala keperluan mereka.

“Bantuan ini penyelesai­an sementara bagi masyarakat ini, penyelesai­an kekal adalah kerajaan Myanmar mudahkan kepulangan masyarat Rohingya ke tempat asal mereka.

“Dalam keadaan sekarang ini Bangladesh dicabar sebeginira­maipelaria­nnegara jiran temasuk Malaysia terima cabaran lebih 62 ribu pelarian Rohingya yang berdaftar. Ini bukan masalah dalaman Myanmar kerana libatkan negara jiran termasuk Malaysia,” katanya.

Di kem Balukhali, Ronald dan ahli-ahli parlimen BNBBC dan wakil Pas serta PKR menyerahka­n sumbangan selimut dan makanan.

Kesemua ahli rombangan termasuk pegawai Jabatan Perdana Menteri, Kementeria­n Dalam Negeri serta agensi lain menghabisk­an masa dua jam melihat sendiri keperitan hidup etnik Rohingya di kem berkenaan.

 ??  ?? RONALD dan Aziz menyerahka­n sumbangan kepada pelarian Rohingya.
RONALD dan Aziz menyerahka­n sumbangan kepada pelarian Rohingya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia