Utusan Borneo (Sabah)

Seorang maut enam cedera kenderaan menjunam ke dalam parit

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Seorang maut dan enam cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah pacuan empat roda di KM 3 Jalan Persisiran Pantai, di sini, kira-kira jam 3.15 pagi, Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata mangsa yang maut, pemandu, dikenali sebagai Syahirudin Syaripudin, 31, yang berasal dari Kg Aman Jaya, Tawau.

Penumpang penumpang yang cedera pula terdiri daripada Abdullah Gonzales, 29, cedera parah patah tangan kiri, manakala lima lagi mengalami kecederaaa­n ringan.

Mereka terdiri daripada Abdul Razid Ibrahim, 27, Danti Bilasko, 37, Sam Gafar Damang, 37, Hussin Osman, 20, dan Mohamad Azlan Darsan, 17.

“Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari arah Kg Simunul menuju ke Kg Pokas sebelum hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Peter berkata kenderaan yang dinaiki ketujuh-tujuh lelaki terbabit secara tibatiba hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan dan menjunam ke parit besar sebelum terbalik.

Menurutnya pemandu tersepit di dalam kenderaan berkenaan dan maut di lokasi kejadian, manakala Abdullah yang duduk di belakang bonet pula tercampak keluar dari kenderaan itu.

“Abdullah turut terpelanti­ng ke sebuah kedai runcit kecil sehingga menyebabka­nnya mengalami kecederaan parah patah tangan kiri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan tindakan selanjutny­a.

Siasatan kes terbabit dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan awal polis menunjukka­n kemungkina­n kenderaan itu dipandu cuai dan laju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia