Utusan Borneo (Sabah)

Bukan senang mahu senang Berusaha walaupun berkali-kali jatuh

- - Artikel sumbangan Jabatan Penerangan.

MENYARA enam orang anak bukanlah mudah jika hanya mengharap pendapatan suami yang hanya seorang pemandu, apatah lagi kesemua anak-anak masih bersekolah.

Ditambah lagi dugaan kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran pada 2006 amat memberi tekanan perasaan kepada Kasmah Basiran, 61, dan suaminya yang terpaksa kembali ke kampung di Merotai Besar dengan hanya sehelai sepinggang.

Mujur ada sebuah premis yang kosong dan dipohon Kasmah untuk dijadikan tempat berniaga sekaligus tempat berteduh untuk mereka lapan beranak.

“Ketika itulah saya benar-benar rasa erti hidup, tetapi saya tahu yang saya mesti kuat demi anak-anak, dan dengan modal sebanyak RM2,000 yang dapat kami simpan dari gaji suami, kami mulakan perniagaan keropok amplang.

“Itu sahaja kemahiran yang saya tahu sebab sebelumnya saya mengambil upah membuat keropok ini daripada ipar saya, jadi dengan modal yang terhad kami mulakan segala-galanya sendiri, secara manual,”cerita Kasmah mengimbas titik awal bermula empayar perniagaan­ya.

Kasmah bersyukur mendapat banyak bantuan daripada agensi kerajaan dalam mengembang­kan perniagaan­nya antaranya dari Jabatan Perikanan, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Lembaga Pemasaran Pertanian (Fama), Lembaga Pertubuhan Peladang, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Ko-Nelayan.

“Bantuan yang diterima bukan sahaja dari segi kewangan, malah melibatkan sumbangan peralatan seperti mesin penggoreng, mesin pengadun, peti sejuk beku dan yang terkini papan tanda kedai.

“Selain itu, ada juga agensi yang membantu dari segi promosi dan menyediaka­n tapak gerai untuk jualan membolehka­n pasaran produk saya diperaskan luaskan lagi,”ujar

Kasmah.

Bekalan isi ikan untuk keropok amplang Kasmah tempah daripada pembekal tempatan sebanyak 700kg seminggu atau tiga tan sebulan.

“Dulu kami menggunaka­n ikan tenggiri semasa harga ikan terbabit masih murah, tetapi sekarang kami menggunaka­n ikan bulan-bulan supaya bekalan tidak terputus jika tenggiri naik harga.

“Harga ikan tenggiri dulu sekitar RM2.80 sebelum meningkat kepada RM10.50 sekilo, ini menyebabka­n kami terus menggunaka­n isi ikan bulan-bulan hingga sekarang.

“Kedua-dua ikan ini tidak banyak beza dari segi rasa, kami masih dapat kekalkan kualiti rasa kecuali warna amplang agak gelap dengan menggunaka­n ikan bulanbulan,”jelas Kasmah.

Menurutnya, dengan kenaikan harga bahan mentah, peratus keuntungan yang diperolehn­ya hanya 40 peratus dari jumlah pendapatan berbanding lebih 50 peratus sebelum ini.

Namun begitu, perniagaan Kasmah sudah berada dalam keadaan selesa kerana amplangnya kini sudah terjual di seluruh Malaysia dan menembusi pasaran Brunei.

“Pernah satu ketika saya berada di daerah Papar dan ketika saya sedang bersiarsia­r, saya melihat keropok saya dijual oleh peniaga disitu.

“Perasaan saya sedikit sayu kerana memikirkan akhirnya amplang buatan saya menembusi pasaran di luar Tawau dan digemari oleh pembeli,”ujarnya perlahan.

Kejayaanny­a dalam perniagaan itu dapat dilihat dengan kehidupann­ya kini yang mampu membina rumah sendiri di atas tanah lot bernilai RM350 ribu dan memiliki beberapa buah kenderaan.

“Benarlah kata orang, bukan senang mahu senang, berusahala­h walaupun berkalijat­uh, kali bangun lagi dan jangan mengharapk­an bantuan orang.

“Jika orang kata saya sudah berjaya, tetapi bagi saya, saya belum berjaya lagi selagi belum memiliki kilang penprosesa­n amplang sendiri.

“Rancangan saya untuk bina kilang sendiri di atas tanah yang sama di rumah saya pada tahun hadapan, dan insyaAllah saya akan menambah bilangan mesin dan juga pekerja,”katanya yang kini telah mempunyai 22 orang pekerja.

Kesemua pekerja Kasmah dari kalangan ibu tunggal dan kurang berkemampu­an manakala lapan orang lagi pelajar sekolah yang ingin bekerja sewaktu cuti persekolah­an.

Tambahnya lagi, hasil kejayaan ini beliau tidak akan lupa membantu golongan yang sangat memerlukan kerana yakin kejayaanny­a pada hari ini juga adalah imbuhan dari yang maha kuasa.

Menurut Kasmah, jika sejak awal beliau faham konsep bersedekah, pasti sudah lama dilakukann­ya dan tidak memperleke­hkan peminta sedekah yang datang kepadanya.

“Pernah duit di tangan saya hanya ada RM5, kemudian datang seorang lelaki untuk meminta sedekah. Tetapi saya menolaknya dan perlekehka­n di dalam hati yang saya pasti kelaparan jika beri semua duit saya.

“Tapi kalau lah saya tahu ketika itu, yang saya akan dapat keuntungan berganda jika saya berikan saja, mungkin sudah lama saya amalkan konsep sedekah.

“Saya pasti tentang itu kerana sekarang ini setiap kali saya menghulurk­an sumbangan, pasti tidak lama kemudian akan banyak tempahan yang saya terima daripada pelanggan, Alhamdulil­lah.,”ujarnya.

Kasmah juga sentiasa berusaha menjaga pelanggan-pelanggan dengan memenuhi setiap tempahan yang dibuat agar pelanggan tidak berasa kecewa.

Dalam pada itu, pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Sabah, Swady Hj Guliling yang melawat ke pusat perusahaan terbabit berkata jabatan melalui gerakan Komuniti 1Malaysia akan memberi bantuan promosi kepada ahli-ahli komuniti yang mempunyai produk seperti ini.

“Japen akan memberi bantuan dalam aspek promosi kepada usaha penghasila­n produk keropok amplang ini melalui penyertaan terhadap pelbagai aktiviti pameran di setiap program yang dianjurkan oleh jabatan.

Jelasnya, melalui penglibata­n pameran ini nanti pelbagai produk yang dihasilkan oleh Komuniti 1Malaysia termasuk keropok amplang ini dapat diperkenal­kan kepada masyarakat termasuk pemborong atau peniaga lain bagi mendapat pasaran yang lebih meluas.

“Selain itu, Japen turut akan mempromosi­kan produk-produk ahli-ahli Komuniti 1Malaysia ini dengan menerbitka­n buku, majalah, media cetak serta turut memperkena­lkannya melalui media massa agar produk berkenaan bukan sahaja dikenali oleh masyarakat tempatan malah masyarakat luar termasuk luar negara,” ujarnya.

 ??  ?? KASMAH (dua dari kanan) memberi penerangan tentang perusahaan keropok amplangnya kepada Swady (dua kiri).
KASMAH (dua dari kanan) memberi penerangan tentang perusahaan keropok amplangnya kepada Swady (dua kiri).
 ?? SHAMRY M SANI ?? KURSUS JENAZAH: Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Tawau telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Raya Tawau, pada Sabtu.
Seramai 82 orang telah mengikuti program itu...
SHAMRY M SANI KURSUS JENAZAH: Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Tawau telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Raya Tawau, pada Sabtu. Seramai 82 orang telah mengikuti program itu...
 ??  ?? SWADY (kanan) turut mencuba membuat keropok amplang.
SWADY (kanan) turut mencuba membuat keropok amplang.
 ??  ?? SWADY (kanan) memerhati para pekerja yang sedang memproses keropok amplang terbabit.
SWADY (kanan) memerhati para pekerja yang sedang memproses keropok amplang terbabit.
 ??  ?? SALAH seorang pekerja yang sedang membungkus produk keropok amplang untuk pasaran tempatan.
SALAH seorang pekerja yang sedang membungkus produk keropok amplang untuk pasaran tempatan.
 ??  ?? KASMAH sedang menyusun produk keluaranny­a bagi jualan di premisnya.
KASMAH sedang menyusun produk keluaranny­a bagi jualan di premisnya.
 ??  ??
 ??  ?? PRIHATIN: Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) Labuan melakar satu lagi peristiwa bermakna apabila membuat bayaran kepada seorang balu, Liah Mario melalui skim pencen penakat (kematian tidak berkaitan kerja) kepada arwah suami, Maksin Bin Bidin yang...
PRIHATIN: Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) Labuan melakar satu lagi peristiwa bermakna apabila membuat bayaran kepada seorang balu, Liah Mario melalui skim pencen penakat (kematian tidak berkaitan kerja) kepada arwah suami, Maksin Bin Bidin yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia