Utusan Borneo (Sabah)

Komersialk­an produk ubi kayu

Pesta Ubi Peringkat Daerah Tongod

- Oleh YUSOP TEPPO

PESTA Ubi yang diraikan buat julungkali di daerah Tongod, Kinabatang­an memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengetahui pelbagai hidangan berasaskan ubi kayu seterusnya mengkomers­ialkan produk berkenaan.

Ini kerana hidangan yang berasaskan ubi kayu semakin dilupakan oleh penduduk setempat dek kerana kemajuan hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

“Melalui sambutan itu pelbagai produk makanan berasaskan ubi kayu dapat diwarisi oleh generasi muda hari ini dan boleh dikomersia­lkan secara lebih meluas,” katanya pada perasmian Pesta Ubi Peringkat Daerah Tongod di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Tongod, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Richard Kastum.

Beliau berkata setiap penganjura­n hendaklah mempunyai matlamat jangka masa panjang untuk mengadakan Pesta Ubi ini agar masyarakat di sekitar daerah ini dapat menghasilk­an sesuatu yang memberi impak kepada perubahan sosioekono­mi mereka.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjelaska­n sambutan ini bukan hanya tertumpu pada hiburan dan sebagainya.

“Pesta berasaskan tumbuh-tumbuhan itu juga akan menjadi daya tarikan kedatangan pelancong dan pelabur dari luar dan dalam negara,” katanya.

Terdahulu Ketua Bahagian PBRS Kuamut yang juga Pengerusi Penganjur Dato’ Dasim Ricky Jikah berkata selain menonjolka­n ubi sebagai tanaman yang sudah dikenali sebagai sumber makanan sejak dahulu lagi, Pesta Ubi ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengkomers­ialkan produk berasaskan ubi.

“Penganjura­n Pesta Ubi kali ini adalah hasil kerjasama dengan Bahagian PBRS Kuamut dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tongod,” katanya.

Beliau berkata Pesta Ubi ini diserikan dengan pertanding­an dan pameran hasil produk ubi kayu, selain pertanding­an Ratu Ubi dan lagu-lagu tradisi.

Turut diadakan pertanding­an masakan berasaskan ubi kayu seperti lampuka, sinako, langkout, ratogo, lampoka, inampong dan ulam-ulam daun ubi kayu.

Manakala pada pertanding­an Ratu Ubi 2017, johan disandang Eva Vanessa Joses dari Kampung Malagatan, diikuti tempat kedua Sizliani Juslian (Kg Kuala Tongod) dan Normia Antang (Kg Talibu) di tempat ketiga.

Sementara Rofalina Paul (Kg Penangah) dan Janeyfeer Andrew (Kg Purutawoi) masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Hadir sama, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Sandakan Jambri Giau, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kuamut Laising Podok, Pengerusi KRT Daerah Tongod Hendrikus Emos, Pengerusi KRT Kg Purutawoi Jewel Tail, Pengerusi KRT Kg Talibu Las Jasmin Unggat, Pegawai Fama Daerah Kinabatang­an Azmin Kumin, AJK Bahagian PBRS Kuamut dan AJK KRT Daerah Tongod.

Untuk info, ubi kayu mempunyai banyak khasiat dan manfaat kepada tubuh badan manusia. Antaranya ubi kayu boleh mengubati penyakit radang sendi, cirit-birit, sakit kepala, gout, menyembuhk­an luka dan meningkatk­an stamina.

“Melalui sambutan itu pelbagai produk makanan berasaskan ubi kayu dapat diwarisi oleh generasi muda hari ini dan boleh dikomersia­lkan secara lebih meluas. ”

TAN SRI JOSEPH KURUP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? RATU Ubi 2017 Eva Vanessa (tengah) diapit Sizliani Juslian (tempat kedua) dan Normia Antang (tempat ketiga).
RATU Ubi 2017 Eva Vanessa (tengah) diapit Sizliani Juslian (tempat kedua) dan Normia Antang (tempat ketiga).
 ??  ?? DASIM (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Richard.
DASIM (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Richard.
 ??  ?? ANTARA makanan yang dihasilkan daripada ubi kayu.
ANTARA makanan yang dihasilkan daripada ubi kayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia