Utusan Borneo (Sabah)

TN50 perlu jadi fokus, kata Musbah

Wujudkan generasi masa depan berkemahir­an tinggi

-

KOTA BELUD: Mahukan kemenjadia­n pelajar perlu menjadi fokus aspirasi dasar Transforma­si Nasional (TN50) bagi mewujudkan generasi masa depan berkemahir­an tinggi.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, ia penting bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran menyeluruh dalam sistem pendidikan.

Contoh katanya masyarakat mahu melihat kualiti daripada guru dan mahu perancanga­n pendidikan daripada peringkat awal sehingga ke peringkat universiti.

“Semua pihak perlu memainkan peranan terutama guru dan ibu bapa itu sendiri kerana pendidikan penting untuk kejayaan transforma­si membentuk generasi pada 2050,” katanya.

Mengulas lanjut Musbah berkata satu dasar pendidikan futuristik yang bersifat holistik dan inklusif meliputi kecemerlan­gan akademik, sahsiah, kesihatan dan akhlak positif pelajar perlu diwujudkan.

Menurutnya, setiap pelajar masa hadapan perlu ada ciri utama seperti kemahiran kepimpinan dan kemahiran berfikir untuk bersaing di peringkat global.

Musbah berkata, anak-anak kita adalah generasi pewaris dan bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Oleh itu kepada ibu bapa katanya, jagalah, pertahanka­nlah, bimbinglah anak-anak dan bantulah mereka mengembang­kan potensi masing-masing.

“Kerana mereka inilah harta yang kita ada yang sungguh mulia dan bernilai tinggi pada sesebuah institusi keluarga,”jelasnya.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan, Mini Graduasi Tahun Enam dan Prasekolah, di Dewan Seri Serimpak SK Jawi-Jawi di sini, pada Jumaat.

Turut hadir wakil Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud Muhamad Amat, Guru Besar SK Jawi-Jawi Muhamat Japar Aris dan ibu bapa.

Musbah berkata pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkemb­angkanlagi­potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi inteleks, rohani, emosi dan jasmani berdasarka­n kepercayaa­n dan kepatuhan kepada Tuhan.

Sebab itu katanya, Kementeria­n Pendidikan Malaysia menekankan slogan visinya ‘Pendidikan Berkualiti InsanTerdi­dikNegaraS­ejahtera’ juga telah memperkena­lkan kurikulum baru kepada semua insan bergelar murid yang dipanggil ‘Kemahiran Berfikir Aras Tinggi’ (KBAT).

“KBAT, diterapkaa­n dalam sistem pendidikan supaya murid tidak hanya menghafal tetapi juga tahu dan faham apa yang mereka pelajari dan mengunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi sehingga boleh mencipta sesuatu yang baru.

“Justeru, pendidikan di Malaysia menekankan kualiti agar insan yang dilahirkan melaluipen­didikanaka­nterdidik sepenuhnya demi kesejahter­aan negara kita Malaysia tercinta ini,” katanya.

Ketua Pengawas Sekolah yang juga Pengerusi Kelab Bahasa Melayu Leyrika Stepenysia Jingkan diumumkan sebagai penerima UPSR 6A 2017 SK Jawi-Jawi. Beliau adalah anak ketiga daripada empat orang adik beradik.

Ketika ditemui ibu bapanya Jingkan Sadin dan Lamisah Sabin berharap agar anak mereka itu akan terus berjaya dalam pembelajar­an dan menjadi orang yang berguna kepada negara.

“Semua pihak perlu memainkan peranan terutama guru dan ibu bapa itu sendiri kerana pendidikan penting untuk kejayaan transforma­si membentuk generasi pada 2050.

DATUK MUSBAH HAJI JAMLI Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ?? MUSBAH (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Kecemerlan­gan kepada Leyrika Stepenysia Jingkan disaksikan oleh Muhamat Japar (kiri) dan Muhamad (kanan).
MUSBAH (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Kecemerlan­gan kepada Leyrika Stepenysia Jingkan disaksikan oleh Muhamat Japar (kiri) dan Muhamad (kanan).
 ??  ?? LEYRIKA (tengah) bangga dengan pencapaian UPSR 6A bersama ibu bapanya Lamisah (kiri) dan Jingkan(kanan).
LEYRIKA (tengah) bangga dengan pencapaian UPSR 6A bersama ibu bapanya Lamisah (kiri) dan Jingkan(kanan).
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pelajar SK Jawi Jawi yang memperoleh­i keputusan UPSR cemerlang.
SEBAHAGIAN daripada pelajar SK Jawi Jawi yang memperoleh­i keputusan UPSR cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia