Utusan Borneo (Sabah)

50 kanak-kanak sertai Majlis Khatan Perdana Sook

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 50 kanakkanak telah menyertai Majlis Khatan Perdana Daerah Kecil Sook yang diadakan di Masjid Pekan, di sini pada Sabtu.

Majlis itu yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) Sook berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup.

Dalam ucapannya beliau berkata perbezaan agama bukanlah penghalang untuk terus bekerjasam­a serta saling bantu membantu antara satu sama lain.

“Sifat toleransi adalah kunci yang perlu diamalkan oleh setiap orang dan menjadi asas kepada wujudnya perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Dengan adanya sifat bertoleran­si ini nescaya masyarakat akan hidup suasana aman, damai dan harmoni,” kata Arthur.

Terdahulu dalam ucapannya Imam Masjid Pekan Sookk Ustaz Mohd Shah mengucapka­n terima kasih kepada Arthur yang sentiasa memberi perhatian dan sokongan kepada program-program yang di anjurkan oleh pihak masjid.

Katanya banyak program yang telah dijalankan oleh Arthur khususnya kepada golongan Muslim antaranya majlis berbuka puasa, sambutan hari raya dan kursus sembelihan.

“Ini menunjukka­n beliau merupakan seorang pemimpin yang prihatin kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa mahupun latar belakang,” katanya.

Pada majlis itu, Arthur turut memberikan sumbangan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk menjayakan program itu.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Tadbir Jheains Sook Haslee Harimin, Naib Ketua Pemuda PBRS Pusat Kahirin Bador, anggotaang­gota Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah, pegawaipeg­awai kerajaan dan ibu bapa kanak-kanak.

 ??  ?? ARTHUR (berdiri tengah), Haslee (tiga kiri), Kahirin (dua kiri), Mohd Shah, anggota bomba dan pegawai kerajaan lain bergambar bersama-sama dengan kanak-kanak selepas majlis perasmian itu.
ARTHUR (berdiri tengah), Haslee (tiga kiri), Kahirin (dua kiri), Mohd Shah, anggota bomba dan pegawai kerajaan lain bergambar bersama-sama dengan kanak-kanak selepas majlis perasmian itu.
 ??  ?? ARTHUR (kiri) sedang menyembur air menggunaka­n hos bomba kepada kanak-kanak yang menyertai Majlis Khatan Perdana daerah kecil Sook.
ARTHUR (kiri) sedang menyembur air menggunaka­n hos bomba kepada kanak-kanak yang menyertai Majlis Khatan Perdana daerah kecil Sook.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu-ibu yang hadir bagi menemani anak-anak mereka yang menyertai majlis itu.
SEBAHAGIAN ibu-ibu yang hadir bagi menemani anak-anak mereka yang menyertai majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia