Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan dunia luar sekolah

SK Ulu Muanad Beluran adakan ‘lawatan sambil belajar’ di Sandakan

- Oleh SALMAN ABADI

BERPEGANG kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandanga­n’ dan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Muanad Beluran telah mengadakan program Lawatan Sambil Belajar ke beberapa lokasi di Sandakan baru-baru ini.

Lawatan sambil belajar merupakan program tahunan SK Ulu Muanad sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada muridmurid sekolah.

Ia bukan sahaja dapat memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah kepada ‘dunia luar sekolah’, tetapi juga meningkatk­an keyakinan diri dalam konteks pembanguna­n sahsiah untuk berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, lawatan itu juga merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa hadapan yang lebih baik.

Penyelaras Program, Cikgu Kairunisa Halim berkata, lawatan itu disertai 36 murid melibatkan 32 murid Tahun 6 dan masing-masing dua orang murid Tahun 4 dan 5, bersama 18 orang guru pengiring diketuai Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Ulu Muanad, Junela Unsud.

Katanya, seawal jam 5.45 pagi, semua murid sudah berkumpul di Pondok RMT untuk sesi taklimat keselamata­n dan perjalanan program, pembahagia­n kumpulan, sarapan pagi dan berdoa sebelum memulakan perjalanan tepat jam 7 pagi ke Sandakan sejauh 90 kilometer.

Lawatan itu antara lain bertujuan mewujudkan landasan kepada murid-murid untuk menimba ilmu dan pengetahua­n serta membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang terancang dan bersesuaia­n.

“Program seperti ini diyakini dapat membuka minda murid-murid dengan suasana dan pengalaman baharu, selain memberi memberi inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajar­an (PdP) yang lebih berkesan dan kondusif,” katanya.

Katanya, lima lokasi lawatan itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan, Agensi Antidadah Kebangsaaa­n (AADK), Pejabat dan Studio RTM (Sandakan FM), Kem Tentera Sri Kinabatang­an, Sandakan dan juga Kelab Memanah Sandakan.

Bagaimanap­un katanya, lawatan ke Kelab Memanah terpaksa ditangguhk­an kerana ketiadaan jurulatih memanah pada hari lawatan, namun akan diadakan tahun depan (2018).

Rombongan SK Ulu Muanad tiba jam 8.45 pagi di JBPM Zon Sandakan dan dberikan taklimat oleh Pegawai Bomba (PB) Sandakan Affandy Aripin.

Affandy memberikan taklimat dan penerangan tentang tugas dan peranan anggota serta pegawai bomba dan penyelamat, sebelum melawat ke bilik kawalan yang memperliha­tkan bagaimana operasi dikendalik­an.

Selain mengetahui serba sedikit tentang fungsi dan kerjaya anggota bomba, ahli rombongan turut di bawa melihat kenderaan khas, peralatan serta pakaian yang digunakan semasa anggota bomba menjalanka­n tugas operasi pemadaman, menyelamat dan sebagainya.

Meneruskan program lawatan, rombongan SK Ulu Muanad buat julung kalinya berkunjung ke Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Sandakan yang terletak di Bandar Labuk Jaya (Batu 7) Sandakan.

Taklimat disampaika­n oleh wakil Pegawai AADK Sandakan, Lim Mair yang juga Pembantu AADK Daerah Sandakan.

Dalam taklimatny­a, Lim memperkena­lkan kepada murid-murid tentang definisi dadah yang sebenarnya dan bagaimana dadah boleh berbahaya kepada masyarakat akibat penyalahgu­naan pihak tidak bertanggun­gjawab, sekali gus menjadi ancaman kepada kesejahter­aan rakyat dan keselamata­n negara.

Katanya, sejarah penggunaan dadah bermula untuk pelbagai tujuan seperti perubatan dan juga semasa peperangan.

Peserta lawatan turut diberi pendedahan tentang pelbagai jenis dadah dan kesannya kepada pengguna, seperti dadah jenis syabu, ganja, heroin dan sebagainya.

Di samping itu, rombongan turut berpeluang melihat pameran peralatan yang digunakan oleh penagih dadah, selain berpeluang berinterak­si dengan bekas penagih yang telah berjaya dipulihkan.

Selepas AADK, rombongan ke destinasi ketiga iaitu di Pejabat dan Studio RTM Sandakan (Sandakan FM) yang terletak di Tingkat 6 Bangunan Wisma Persekutua­n Sandakan.

Rombongan disambut mesra kakitangan RTM Sandakan dan diberi taklimat ringkas oleh Mirnawati Ghani atau DJ Mirna selaku Penerbit Rancangan di RTM Sandakan.

Pengalaman menarik dan amat bermakna, bukan sahaja kepada murid-murid tetapi juga guru-guru pengiring apabila diberi peluang masuk ke bilik siaran (konti Sandakan FM) dan berpeluang bersiaran secara langsung di udara pada waktu tersebut bersama DJ Syaf.

Selesai dari RTM Sandakan, rombongan berhenti rehat dan merarau di Restoran Nasi Kuning dan menunaikan solat zohor di Surau Giant (Bandar IJM) Sandakan.

Destinasi terakhir program lawatan sambil belajar rombongan SK Ulu Muanad Beluran ialah di Kem Sri Kinabatang­an yang terletak

di Jalan Tinusa (Batu 7) Sandakan.

Rombongan yang tiba sekitar jam 3 petang, diberi taklimat oleh Ketua Seksyen Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Kinabatang­an, Sarjan Hanafi Hinson sambil dibantu beberapa pegawai tentera di kem tersebut.

Di kem itu, ahli rombongan berpeluang melihat pameran pelbagai jenis senjata dan menyelami suasana kehidupan anggota tentera di kem itu, sekali gus memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang kerjaya sebagai anggota tentera dan pasukan keselamata­n yang sentiasa ‘sedia berkorban’ demi mempertaha­nkan keselamata­n dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta.

Mengulas mengenai program itu, Guru Besar SK Ulu Muanad, Majin Bulat memuji usaha dan komitmen semua guru terlibat khasnya Unit Kokurikulu­m yang merancang dan mengupayak­an pelaksanaa­n program itu.

Katanya, program lawatan sambil belajar khasnya selepas peperiksaa­n UPSR merupakan acara tahunan pihak sekolah dalam usaha memberikan pendedahan dan ilmu pengetahua­n serta nilai tambah demi meningkatk­an pengalaman dan kemahiran sosial, khasnya dalam kalangan murid atau peserta program.

Selain itu katanya, ia sekali gus memberi pengalaman kepada guru-guru dalam aspek pengurusan dan pelaksanaa­n program melibatkan pelbagai agensi luar, sejajar dengan konsep Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) seperti mana yang dihasratka­n dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dalam usaha ‘memasyarak­atkan pendidikan’.

Dalam perkembang­an berkaitan, Majin yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Sabah menjelaska­n, pihak sekolah bercadang menjadikan sukan memanah sebagai kebitaraan SK Ulu Muanad dalam bidang sukan dan kokurikulu­m.

Program seperti ini diyakini dapat membuka minda murid-murid dengan suasana dan pengalaman baharu, selain memberi memberi inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajar­an (PdP) yang lebih berkesan dan kondusif.

CIKGU KAIRUNISA HALIM Penyelaras Program

 ??  ?? ROMBONGAN SK Ulu Muanad bergambar kenangan di hadapan pejabat AADK Bahagian Sandakan di Bandar Labuk Jaya, Sandakan.
ROMBONGAN SK Ulu Muanad bergambar kenangan di hadapan pejabat AADK Bahagian Sandakan di Bandar Labuk Jaya, Sandakan.
 ??  ?? BEBERAPA murid perempuan SK Ulu Muanad meneliti dengan penuh minat senjata yang dipamerkan di Kem Sri Kinabatang­an Sandakan semasa lawatan itu.
BEBERAPA murid perempuan SK Ulu Muanad meneliti dengan penuh minat senjata yang dipamerkan di Kem Sri Kinabatang­an Sandakan semasa lawatan itu.
 ??  ?? JUNELA (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Pegawai Bomba Sandakan, Affandy Aripin sambil disaksikan ahli rombongan dan beberapa anggota bomba.
JUNELA (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Pegawai Bomba Sandakan, Affandy Aripin sambil disaksikan ahli rombongan dan beberapa anggota bomba.
 ??  ?? DJ MIRNA (tengah) bersama Junela (empat kiri) serta sebahagian guru pengiring ketika lawatan sambil belajar di RTM Sandakan.
DJ MIRNA (tengah) bersama Junela (empat kiri) serta sebahagian guru pengiring ketika lawatan sambil belajar di RTM Sandakan.
 ??  ?? JUNELA (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mirnawati Ghani (DJ Mirna).
JUNELA (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mirnawati Ghani (DJ Mirna).
 ??  ?? JUNELA (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Sjn Hanafi Hinson.
JUNELA (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Sjn Hanafi Hinson.
 ??  ?? LIM (kanan) dari AADK Sandakan menerima cenderamat­a disampaika­n Junela.
LIM (kanan) dari AADK Sandakan menerima cenderamat­a disampaika­n Junela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia