Utusan Borneo (Sabah)

Muja tidak mengalah dan terus berkarya

- Oleh SADDAM EDRIS

DIKENALI dengan panggilan Muja atau nama sebenarnya Mujahid Halpi ,25, yang menghiasi ruangan hiburan tempatan barangkali belum sebati dalam kotak fikiran umum.

Tidak terlalu baharu dalam industri, sudah enam tahun menyalur bakat dalam seni vokal, namun dia cekal membina nama dan harapan sebagai seorang artis Sabah yang berkualiti.

Kali ini, Muja tampil dengan sebuah lagi karya bertajuk ‘Tak Suka Tak Apa’, ciptaan sepenuhnya komposer Arjuna Cinta yang pernah membawa namanya sebagai Finalis Carta Lagu Artis Sabah (Musim ke-7) pada 2012 menerusi lagu ‘Ada Cinta’.

“‘Tak Suka Tak Apa’ adalah lagu yang bagi saya cukup bermakna kerana ia diadun mengikut citarasa, dan setiap bait lirik yang dihasilkan adalah dari sebuah kisah paling perit dalam hidup saya,” katanya.

Anak muda yang memiliki susuk badan sasa itu sama sekali tidak menjangka sambutan lagu yang dinyanyika­nnya pada konsert di Tawau baru-baru ini mendapat respon positif.

Katanya lagi, video lagu itu juga semakin tular di laman sosial Facebook dengan mencecah jumlah tontonan melebihi 10,000 selepas hari kedua ia dimuatnaik.

Bercerita mengenai latarbelak­ang lagu, ia berkisarka­n tentang pesanan seorang lelaki kepada teman wanitanya yang berharap percintaan mereka menemui jalan penyelesai­an.

‘Lagu Tak Suka Tak Apa’ sudah boleh ditemui di laman Youtube dengan kata carian Muja - Tak Suka Tak Apa, dan turut disediakan di laman spotify dan itunes.

*TAK SUKA TAK APA*

Lirik & Lagu: Arjuna Cinta Penyanyi: Muja *Susunan Muzik: Jasnie Mohd Yaakub Penerbit Eksekutif: Raymie Hj Amiril

Penerbit Album: Jasnie Mohd Yaakub

Berat Rasa Hatiku Untuk Melafazkan­nya Tentang Rasa yang Terbuku Di hatiku sekian lama

Bukan aku sengaja Membuat mu keliru Tapi dalam hati ini Sendiri ku yang keliru

*Chorus

Di mana lagi harus ku temui Cinta sejati yang kau beri dulu Mengapa kini tak terasa lagi Engkau sendiri yang melupai

Duhai kekasih janganlah berpura Ku tak mahu berpaling begini Kalau tak suka kata tak suka Agar ku bisa menentukan­nya. Ulang *

 ??  ?? MUJA
MUJA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia