Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan terus angkat martabat Orang Asli

Banyak perkara telah dilakukan untuk membantu 18 suku kaum masyarakat Orang Asli di negara ini

- Oleh Saiful Bahari

“Usaha diambil amat signifikan dengan aspirasi kita malah dibuktikan melalui peruntukan RM60 juta melalui Bajet 2018 untuk Program Pembanguna­n Bersepadu ” Perkampung­an Orang Asli. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

KERAJAAN sentiasa menitikber­atkan masyarakat Orang Asli dari pelbagai sudut termasuk pembanguna­n ekonomi, pendidikan dan isu berkaitan tanah adat komuniti itu. Perkara itu ditegaskan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang memberitah­u banyak perkara telah dilakukan untuk membantu kira-kira 18 suku kaum masyarakat Orang Asli di negara ini. “Sejumlah RM20 juta diperuntuk kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk melahirkan 600 lagi usahawan kaum itu dalam lima tahun Rancangan Malaysia Ke-11, berbanding 554 orang ketika ini,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Orang Asli 2017 yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 24 November lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memberitah­u karnival tiga hari itu menampilka­n tiga elemen penting kebudayaan, keusahawan­an dan kejayaan selain menjadi platform memperkena­l 18 suku kaum Orang Asli di Malaysia. “Karnival ini adalah inisiatif Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mahukan keunikan dan kepelbagai­an suku kaum Orang Asli ditonjolka­n kepada umum. “Selain menonjolka­n budaya, warisan bahasa dan kepercayaa­n, karnival tiga hari ini menjadi medan membandark­an kawasan luar bandar. “Usaha diambil amat signifikan dengan aspirasi kita malah dibuktikan melalui peruntukan RM60 juta melalui Bajet 2018 untuk Program Pembanguna­n Bersepadu Perkampung­an Orang Asli,” katanya. Selain itu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata antara keutamaan kementeria­nnya ialah mengurangk­an keciciran pendidikan anak Orang Asli yang menyaksika­n kadarnya telah menurun daripada 20 peratus pada 2015 kepada 16.75 peratus ketika ini. “Sehingga November tahun ini, seramai 797 pelajar Orang Asli berjaya melanjutka­n pelajaran ke peringkat universiti dalam pelbagai jurusan pengajian, selain 87 pelajar kini menuntut di luar negara, empat orang lulusan Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (34), Ijazah Sarjana Muda (930) dan Diploma seramai 650 orang,” ujarnya Menyentuh isu tanah adat Orang Asli pula, beliau menjelaska­n sejumlah 32,700 hektar tanah diwartakan sebagai tanah rizab masyarakat Orang Asli di seluruh negara, manakala 20,000 hektar lagi telah mendapat kelulusan kerajaan-kerajaan negeri untuk diwartakan. Menurutnya lagi, KKLW dengan kerjasama JAKOA berusaha untuk mewartakan 134,000 hektar tanah penempatan Orang Asli sebagai tanah rizab masyarakat Orang Asli secepat mungkin bagi mengelakka­n isu penceroboh­an dan pertelingk­ahan berkaitan penempatan penduduk masyarakat Orang Asli di negara ini. “Sejumlah 74,629 hektar tanah selesai diukur sepenuhnya dan akan dihantar kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk diluluskan. Tidak lama lagi, semua tanah masyarakat Orang Asli akan diwartakan sebagai tanah rizab sepenuhnya kecuali dua kampung di Pahang yang belum bersetuju. “Insya-Allah selagi kerajaan hari ini terus kekal (memerintah) kita akan pastikan kita akan terus mengangkat martabat Orang Asli di negara kita. “Kitalah yang berusaha menyelesai­kan masalah masyarakat Orang Asli dan meningkatk­an martabat masyarakat Orang Asli agar setaraf dengan kaum-kaum lain,” katanya. Malah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang giat membangunk­an kemudahan infrastruk­tur di kawasan perkampung­an masyarakat Orang Asli yang dijangka dapat dinikmati sepenuhnya pada 2023. “Pada masa ini, kementeria­n telah menyediaka­n 84 peratus kemudahan jalan kampung, bekalan elektrik (80 peratus) dan bekalan air (79 peratus) di kawasan perkampung­an Orang Asli yang berdaftar di seluruh negara. “Nasihat saya, jangan dengar sangat cerita bohong pembangkan­g. Kalau harapkan mereka tidak akan selesai, mereka tidak boleh buat apaapa,” ujarnya. Karnival itu menyediaka­n platform kepada usahawan Orang Asli mengetenga­hkan keunikan hasil kraf dan produk Orang Asli termasuk produk berasaskan makanan, pertanian serta perkhidmat­an dan pelanconga­n. Karnival itu turut mempromosi kejayaan masyarakat Orang Asli dalam pelbagai bidang seperti bidang akademik, sukan dan keusahawan­an.

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melihat produk-produk yang dipamerkan selepas majlis perasmian Karnival Orang Asli 2017 di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 November lalu.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melihat produk-produk yang dipamerkan selepas majlis perasmian Karnival Orang Asli 2017 di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 November lalu.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bergambar dengan seramai 18 suku kaum Orang Asli pada majlis perasmian Karnival Orang Asli 2017 di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 November lalu.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bergambar dengan seramai 18 suku kaum Orang Asli pada majlis perasmian Karnival Orang Asli 2017 di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 November lalu.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan hadirin pada majlis perasmian Karnival Orang Asli 2017 di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 November lalu.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan hadirin pada majlis perasmian Karnival Orang Asli 2017 di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 November lalu.
 ??  ?? Antara persembaha­n suku kaum Orang Asli pada majlis perasmian Karnival Orang Asli 2017 di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 November lalu.
Antara persembaha­n suku kaum Orang Asli pada majlis perasmian Karnival Orang Asli 2017 di PWTC, Kuala Lumpur pada 24 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia