Utusan Borneo (Sabah)

240 syor dikemukaka­n

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2

-

“Di peringkat negeri, 25 pengaudita­n prestasi dan 11 pengaudita­n pengurusan syarikat kerajaan negeri telah dijalankan. Pengaudita­n merangkumi pelbagai bidang, antaranya, pengurusan program, pembinaan, penyenggar­aan dan naik taraf, ” perolehan serta pengurusan syarikat. TAN SRI DR MADINAH MOHAMAD Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 240 syor dikemukaka­n dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2 yang dibentangk­an di Parlimen pada Isnin bagi membolehka­n tindakan pembetulan dan penambahba­ikan diambil di peringkat persekutua­n dan negeri.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad (gambar) berkata daripada jumlah itu, sebanyak 74 syor dikemukaka­n terhadap aktiviti kementeria­n/ jabatan dan badan-badan berkanun persekutua­n, 36 syor (pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutua­n) serta 130 syor bagi pengurusan aktiviti kementeria­n/jabatan/agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.

Beliau berkata sebanyak 19 pengaudita­n prestasi dan lapan pengaudita­n pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanak­an bagi LKAN 2016 Siri 2 itu.

“Di peringkat negeri, 25 pengaudita­n prestasi dan 11 pengaudita­n pengurusan syarikat kerajaan negeri telah dijalankan. Pengaudita­n merangkumi pelbagai bidang, antaranya, pengurusan program, pembinaan, penyenggar­aan dan naik taraf, perolehan serta pengurusan syarikat,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Katanya, laporan itu juga meliputi pengesahan penyata kewangan badan berkanun persekutua­n, Kumpulan Wang Persekutua­n, Akaun Amanah dan Agensi Lain, pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutua­n serta penyata kewangan kerajaan negeri dan prestasi kewangan agensi bagi tahun 2016.

Madinah berkata pada tahun 2017, Jabatan Audit Negara telah menjalanka­n pengaudita­n terhadap 145 Penyata Kewangan bagi tahun kewangan 2016 iaitu 133 badan berkanun persekutua­n, 10 Kumpulan Wang Persekutua­n dan Akaun Amanah serta dua agensi lain.

Beliauberk­atasebanya­k126 penyatakew­angantelah­diberi Pendapat Tanpa Teguran; Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matters (12); Pendapat Berteguran (empat) dan satu Pendapat Bertentang­an, manakala dua penyata kewangan masih belum disahkan setakat 15 Sept 2017 kerana kelewatan mengemukak­an penyata kewangan dan dokumen sokongan yang tidak lengkap.

Bagi pengaudita­n terhadap 310 Penyata Kewangan kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri pula, katanya, sebanyak 287 penyata kewangan telah diberikan Pendapat Audit Tanpa Teguran.

“Sebanyak lapan penyata kewangan telah diberikan Pendapat Audit berdasarka­n ‘Emphasis of Matter’ dan 15 penyata kewangan pula telah diberikan Pendapat Audit Berteguran,” katanya.

Katanya, lapan penyata kewangan masih dalam proses pengaudita­n kerana kelewatan agensi mengemukak­an penyata kewangan dan dokumen sokongan yang tidak lengkap selain baki tiga penyata kewangan masih belum dikemukaka­n oleh agensi kepada pihak Audit untuk pengaudita­n.

Madinah berkata Jabatan Audit Negara akan memberi taklimat berhubung dengan isu-isu utama yang dibangkitk­an dalam laporan tersebut kepada Ahli-Ahli Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara di Parlimen, pada Isnin.

Katanya, kandungan dan sinopsis LKAN 2016 Siri 2 itu boleh dilayari dalam laman sesawang Jabatan Audit Negara di http://www/ audit.gov.my mulai Isnin. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia