Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh makmal kaji permasalah­an pendidikan awal kanak-kanak

-

KOTA SAMARAHAN: Jawatankua­sa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan akan mewujudkan makmal bagi menyelesai­kan permasalah­an berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata jawantakua­sa melibatkan pelbagai kementeria­n, jabatan serta agensi itu akan melihat pelbagai aspek yang boleh ditambah baik bagi membentuk kanak-kanak dari peringkat awal.

Beliau berkata, antara pihak yang dijangka terbabit termasuk Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementeria­n Pendidikan.

“Kami nak selaraskan bukan sahaja dari segi gaji tetapi juga dari segi standard, SOP semua nak selaraskan.

“Ada akta di kementeria­n saya, ada akta di kementeria­n lainsebabi­tuperludis­elaraskan seterusnya dapat masuk kepada topik seperti gaji dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Penangguha­n Program eUsahawan dan eRezeki Sarawak di Dewan Suarah Samarahan, di sini, Isnin.

Rohani berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya guru tadika dan prasekolah kerajaan serta swasta perlu diberi skim gaji khas.

Mengulas lanjut, Rohani berkata skim gaji khas itu adalah antara perkara diusulkan dalam mesyuarat Majlis Sosial Negara minggu lepas.

“Kita nak selaraskan bukan sahaja dari segi gaji tetapi juga dari segi standard, SOP semua nak selaraskan. Sebenarnya dalam pendidikan awal kanak-kanak memang sudah disarankan cikgu atau pengasuh ini sebenarnya kalau ikut kurikulum Permata Negaramemp­unyaisekur­angkurangn­ya diploma.

“Tetapi yang disarankan dalam Majlis Sosial Negara malah hingga peringkat ijazah dan ke atas, kami mahu mereka yang profesiona­l bukan nak kata sekarang tidak profesiona­l tetapi anakanak ini adalah acuan yang pertama, dari acuan pertama inilah terhasil generasi akan datang,” katanya. Bernama

 ??  ?? ROHANI
ROHANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia