Utusan Borneo (Sabah)

Dua samun pusat hiburan

Berjaya diberkas polis selepas bawa lari wang tunai RM4,356

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan yang menyamun sebuah pusat hiburan di pusat beli belah di sini berjaya ditahan sepasukan polis di Kinarut dalam beberapa siri serbuan bermula Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi Ahad apabila kedua-dua suspek melarikan wang tunai di kaunter premis yang dijaga seorang wanita berumur 18 tahun.

Katanyaman­gsaturutme­ndakwa suspek meletakkan objek menyerupai pisau di belakangny­a lalu mengambil wang sebanyak RM4,356 di kaunter sebelum melarikan diri.

“Bertindak daripada maklumat yang diterima sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menjalanka­n serbuan di taman perumahan di Kinarut.

“Serbuan kira-kira jam 11 malam pada Selasa berjaya menahan seorang suspek dan merampas beberapa barang kes untuk siasatan selanjutny­a,” katanya.

Menurutnya penangkapa­n suspek pertama berjaya membawa kepada penangkapa­n seorang lagi suspek di kawasan perumahan sama kira-kira jam 2.30 pagi keesokan harinya.

“Semasa menahan kedua-dua suspek berumur 20 tahun itu, polis berjaya merampas kereta jenis Perodua Kancil yang dipercayai digunakan semasa menjalanka­n jenayah samun.

“Polis turut merampas beberapa barangan suspek termasuk telefon bimbit, topi, dompet dan wang tunai sebanyak RM223,” katanya sambil menambah anggaran keseluruha­n rampasan bernilai RM20,000.

Chandra berkata hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai pembabitan dalam jenayah lain mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan pada tahun ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpula­n tanpa senjata api dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada salah seorang suspek yang positif syabu,” katanya.

“Serbuan kira-kira jam 11 malam pada Selasa berjaya menahan seorang suspek dan merampas beberapa barang kes untuk siasatan selanjutny­a. ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ??
 ??  ?? CHANDRA meneliti parang yang dirampas daripada suspek. (Kanan) Sebahagian barangan yang dirampas polis.
CHANDRA meneliti parang yang dirampas daripada suspek. (Kanan) Sebahagian barangan yang dirampas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia