Utusan Borneo (Sabah)

Debat MA63 dijangka berlaku jika Pandikar menerima tawaran Lina

-

KUCHING: Debat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijangka berlaku jika Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima tawaran daripada Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR) Lina Soo.

Perkembang­an itu selepas Lina mengemukak­an surat bagi menyahut cabaran Pandikar semalam, untuk berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan Malaysia khususnya membabitka­n hak Sarawak dan Sabah.

“Kami memuji keberanian beliau (Pandikar) yang hampir tidak terdapat pada manamana ahli politik Malaysia hari ini.

“Untuk itu, saya berbesar hati menyambut tawaran dan menerima cabaran beliau itu,” kata Lina pada sidang media di sini, semalam.

Beliau turut mencadangk­an untuk debat tersebut diadakan pada Sabtu iaitu 13, 20 atau 27 Januari tahun depan, jam 2.30 petang dengan tempat ditentukan oleh Pandikar di Kuala Lumpur.

Lina juga memilih untuk berdebat menggunaka­n bahasa Inggeris memandangk­an MA63 adalah perjanjian antarabang­sa dalam bahasa Inggeris yang disediakan oleh British, ditandatan­gani dan dimeterai di London.

Lina merupakan bekas presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia Sarawak, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) yang pada 2014 telah diisytihar­kan sebagai ancaman kepada keselamata­n dan ketenteram­an awam ketika ia adalah yang pertama di negara ini untuk memulakan perbincang­an dan forum umum mengenai MA63 di seluruh Sarawak.

Pandikar baru-baru ini dilaporkan mencabar manamana pihak yang mahu berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan Malaysia khususnya membabitka­n hak Sarawak dan Sabah.

“Saya sedia hadir pada bila-bila masa terutama bagi menjelaska­n fakta berhubung MA yang diputar belit sesetengah pihak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia