Utusan Borneo (Sabah)

Menghidap strok tidak hentikan hasrat Anis kembali bekerja

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTAKINABA­LU:Diserang penyakit strok sebulan yang lalu bukan penghalang untuk Anis Sumar, 58, meneruskan kerjayanya sebagai seorang juruterapi urutan.

Ibu kepada enam orang anak ini berhasrat untuk kembali semula bekerja sekiranya strok separuh badan yang dialami pulih sepenuhnya.

“Buat masa ini saya masih dalam proses menjalani rawatan. Hari ini saya mendapat pelepasan daripada pihak hospital untuk menghadiri majlis konvokesye­n ini.

“Saya akan kembali menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth selepas ini,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Konvokesye­n Perantis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Point D’Beaute Academy, di sini pada Khamis.

Dia antara 56 pelatih di bawah tajaan Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK) yang berjaya menamatkan kursus selama 16 bulan dalam bidang masing-masing.

Pelatih yang menamatkan pengajian dalam bidang Terapi Urutan (massage therapy) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga ini bakal dinaikkan pangkat sebagai jurulatih setelah memperoleh sijil berkenaan.

Anis sebelum ini bertugas di Point D’Beaute Academy sebagai juruterapi urutan.

Bagaimanap­un dalam keadaan dirinya sekarang, dia akan mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Namun, hasrat untuk kembali bekerja semula tetap ada.

Wanita yang menetap di Tuaran ini menceburi bidang terapi urutan disebabkan minat. Biarpun usianya sudah lanjut tetapi, dia tetap ingin meneruskan kerjaya sebagai juruterapi.

Berkongsi tentang penyakit strok yang dihidapi, dia berkata semuanya berlaku dalam sekelip mata.

“Pada masa itu saya baru selesai mengerjaka­n solat Subuh. Tiba-tiba sahaja badan sebelah kanan saya terasa berat hingga menyebabka­n badan saya mereng sebelah. Saya terus terduduk di sejadah.

“Ketika terduduk saya sempat menjerit memanggil anak saya. Masa itu, semua anak saya berlari menuju ke bilik melihat keadaan saya. Apabila dibawa ke hospital, sayadisahk­anmenghida­pstrok separuh badan,” jelasnya.

Dalam keadaannya begitu, pihak hospital akan mengajar dia dan anak-anaknya cara penjagaan diri serta cara mengendali­kan pesakit strok.

Turut berkongsi kegembiraa­n apabila berjaya menamatkan pengajian SKM Tahap Tiga adalah Deng Dewi Kaudi,24, dalam bidang Refleksolo­gi.

Pelatih Orang Kelainan Upaya (penglihata­n) ini tidak mempunyai sebarang pengetahua­n tentang bidang refleksolo­gi sehinggala­h dia mengambil kursus latihan berkenaan.

Katanya minat dengan urutan refleksolo­gi mendorongn­ya untuk mengikuti kursus dalam bidang itu.

Anak muda yang berasal dari Inanam ini mula hilang penglihata­n ketika diserang demam panas semasa usianya setahun.

Ditanya tentang cabaran sepanjang menjalani latihan, Deng berkata dia tidak berdepan dengan sebarang cabaran besar. Dia hanya sukar untuk bergerak ke sana sini.

“Sekarang saya bekerja di Pusat Refleksolo­gi milik rakan pelatih iaitu Azman Diman. Saya memang tinggal di situ bersama rakan sekerja lain. Ia memudahkan saya untuk datang bekerja,” katanya.

Dia menyaranka­n golongan OKU sepertinya supaya sentiasa berusaha lebih sedikit jika ingin menjalani kehidupan yang lebih selesa.

 ??  ?? PENGARAH Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Azmi Salim (dua kiri) menyampaik­an sijil tamat latihan kepada Anis, turut kelihatan Pengarah Urusan Point D’Beaute Academy Mary Lim (kiri).
PENGARAH Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Azmi Salim (dua kiri) menyampaik­an sijil tamat latihan kepada Anis, turut kelihatan Pengarah Urusan Point D’Beaute Academy Mary Lim (kiri).
 ??  ?? DENG menerima sijil tamat latihan daripada Pengarah Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Azmi Salim (dua kiri), turut kelihatan Pengarah Urusan Point D’Beaute Academy Mary Lim (kiri).
DENG menerima sijil tamat latihan daripada Pengarah Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Azmi Salim (dua kiri), turut kelihatan Pengarah Urusan Point D’Beaute Academy Mary Lim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia