Utusan Borneo (Sabah)

200 anggota HQE sertai Kursus Pemantapan Pasukan Keselamata­n Kebakaran

-

KOTA KINABALU: Setiap anggota hospital bukan sahaja perlu mahir menangani dan mengawal api peringkat awal sebelum merebak sebaliknya mampu bertindak membantu menyelamat­kan mangsa khasnya kalangan pesakit apabila berlaku sebarang kemungkina­n kebakaran.

Menyedari perlunya pendedahan dan kesedaran ini, Jawatankua­sa Keselamata­n Kebakaran Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengambil pendekatan menganjurk­an Kursus Pemantapan Pasukan Keselamata­n Kebakaran Siri ke-5 bertempat di Auditorium HQE bermula Isnin dan berakhir Rabu.

Menurut Mohd Azrin Md. Jaafar selaku Jawatankua­sa Koordinasi Strategik Kebakaran HQE, peserta kursus bukan sahaja didedahkan tentang langkah berhadapan situasi kebakaran malah dilatih dengan teknik menyelamat serta pendekatan terbaik mengasingk­an mangsa khasnya kalangan pesakit ke kawasan yang lebih selamat.

Tambahnya dalam apa juga

didedahkan kaedah dan cara memadam api menggunaka­n alat pemadam api jenis serbuk.

situasiter­masuklahke­bakaran, nyawa dan keselamata­n para pesakit yang berada di hospital wajib diutamakan.

Sehubungan itu, kakitangan hospital harus diberi pengetahua­n dan pendedahan lebih awal dan lebih kerap secara teori dan praktikal tentang langkah keselamata­n apabila berhadapan situasi bencana mahupun kebakaran.

Azrin yang juga fasilitato­r kursus berkata, peserta kursus bukan sahaja dilatih tentang teknik asas penggunaan alat pemadam api sebaliknya diberi pendedahan dan bimbingan berhubung polisi keselamata­n kebakaran peringkat hospital agar setiap anggota hospital peka dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n kebakaran.

Lebih 200 peserta pelbagai kategori kalangan anggota hospital menyertai kursus selama tiga hari itu.

Para peserta turut berpeluang mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat di Sembulan bagi sesi latihan secara praktikal dan taklimat dari Penguatkua­sa Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah.

 ??  ?? PESERTA
PESERTA
 ??  ?? PENGUATKUA­SA Pasukan Bomba dan Penyelamat Sembulan memberi taklimat kepada peserta sejurus tiba bagi latihan praktikal tentang langkah perlu dan teknik mengawal api jika berlaku kebakaran.
PENGUATKUA­SA Pasukan Bomba dan Penyelamat Sembulan memberi taklimat kepada peserta sejurus tiba bagi latihan praktikal tentang langkah perlu dan teknik mengawal api jika berlaku kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia