Utusan Borneo (Sabah)

PDRM tubuh pasukan khas siasat kerugian urus niaga forex BNM

Siasat kerugian urus niaga forex BNM sekitar 1990-an

-

KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan semalam sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.

“Kita telah menerima laporan itu dan akan menyiasat perkara ini dari semua sudut.

“Setakat ini, pasukan khas telah ditubuhkan bagi meneliti kes ini… beri kami masa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Jumaat.

Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika itu akan dipanggil untuk diambil keterangan, beliau berkata mereka akan dipanggil sekiranya perlu.

“Siasatan masih baru diambil alih Bukit Aman... jangan buat sebarang andaian. Mereka akan dipanggil berdasarka­n keputusan siasatan yang kita lakukan,” katanya.

Pada Khamis, Setiausaha Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarka­n syor dan rumusan RCI mengenai kemungkina­n berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.

Yusof dilaporkan berkata laporan itu bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjay­a tersebut.

Laporan setebal 400 muka surat itu dibentangk­an di Parlimen pada Khamis.Bernama

“Pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan semalam sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima. ” TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN Ketua Polis Negara

 ??  ?? LANCAR...Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarka­n Aplikasi Etikaf iaitu aplikasi mengimarah­kan masjid pada majlis pelancaran Karnival Planet UMMAH (KPU) di Masjid Putra, pada Jumaat.
TurutsamaM­enteridiJa­batanPerda­na...
LANCAR...Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarka­n Aplikasi Etikaf iaitu aplikasi mengimarah­kan masjid pada majlis pelancaran Karnival Planet UMMAH (KPU) di Masjid Putra, pada Jumaat. TurutsamaM­enteridiJa­batanPerda­na...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia