Utusan Borneo (Sabah)

United akan ‘serang’ Arsenal

Wenger yakin Mourinho tidak guna taktik bertahan

-

LONDON: Pengurus Arsenal Arsene Wenger tidak menjangka pengurus Manchester United Jose Mourinho (gambar), akan menyuruh pasukannya bertahan apabila kedua-dua pasukan berentap pada malam ini (Sabtu) walaupun Mourinho mempunyai reputasi bermain secara bertahan dalam perlawanan besar.

United bertandang ke Stadium Emirates di tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan selepas kemenangan 4-2 di Watford pada pertengaha­n minggu. Namun Mourinho belum lagi memenangi perlawanan di tempat lawan menentang kelab “kelompok enam teratas” lain sejak dia menggalas tugas di Old Trafford, dengan tujuh perlawanan di Chelsea, Arsenal, Manchester City, Liverpool dan Tottenham yang menghasilk­an hanya tiga mata dan satu jaringan sahaja.

Siri tersebut termasuk kekalahan 2-0 di Arsenal pada musim lepas apabila Wenger mencatatka­n kemenangan kompetitif pertamanya ke atas Mourinho pada cubaan ke-16. Kedua-dua pengurus menjalinhu­bunganyang tegang selama ini tetapi Wenger tidak percaya Mourinho, yang terkenal kerana taktik pertahanan­nya dalam perlawanan sedemikian, hanya mahu mengelak dibolosi gol di utara London pada hujung minggu ini.

Ditanya sama ada dia menjangka Mourinho akan bermain secara bertahan pada malam ini, Wenger menjawab: “Tidak, saya tidak menjangkak­an apaapa yang istimewa.

“Saya hanya berharap kita akan bersiap sedia untuk bangkit sekarang. United adalah pasukan yang kuat dan saya berharap kita dapat menangani masalah yang mereka akan berikan kepada kita. Mereka juga akan melakukan serangan. Mereka tidak akan bertahan sahaja.

“Ia adalah perlawanan di antara Arsenal dan United di halaman sendiri. Saya hanya mahu fokus dan menyediaka­n pasukan saya dengan baik, dan memberi peluang baik kepada pasukan saya untuk memenangi perlawanan.

“United bermain dengan baik buat masa sekarang, kami bermain dengan baik buat masa sekarang, jadi ia kelihatan seperti perlawanan yang memberangs­angkan.”

Arsenal mengalu-alukan United selepas memenangi tiga perlawanan mereka sebelum ini dalam EPL untuk memasuki kelompok empat kelab teratas dalam EPL.

Kemenangan dalam perlawanan

“Saya hanya berharap kita akan bersiap sedia untuk bangkit sekarang. United adalah pasukan yang kuat dan saya berharap kita dapat menangani masalah yang mereka akan berikan kepada kita. Mereka juga akan melakukan serangan. Mereka tidak akan bertahan sahaja.” ARSENE WENGER Pengurus Arsenal

tetangga utara London di stadium sendiri ke atas Tottenham disusuli kemenangan saat akhir di Burnley sebelum Huddersfie­ld dibelasah 5-0 di Emirates pada Rabu lepas.

Ia merupakan kemenangan ke-12 berturut-turut di stadium sendiri apabila Alexandre Lacazette, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil semua menjaringk­an gol manakala Olivier Giroud menyumbat dua gol.

Bagaimanap­un tidak semuanya positif bagi Wenger apabila Lacazette digantikan pada waktu rehat kerana kecederaan pangkal paha, manakala Sanchez turut diganti pada hujung perlawanan selepas dia mengalami masalah hamstring.

Wenger menjangka Sanchez akan cergas untuk menentang United tetapi berkata pemain termahal kelab, Lacazette, “pasti tidak akan bermain” dalam perlawanan pada malam ini.

“Sanchez ada masalah hamstring sedikit, sebab itulah saya mengeluark­annya, tetapi saya rasa dia akan pulih,” katanya.

“Lihat, kita ada senjata serangan. Kita ada Danny Welbeck, kita ada Giroud, kita ada Jack Wilshere yang semua bermain. Semua mereka adalah pemain serangan.

“Saya akan lihat apa yang saya dapat buat untuk Sabtu ini tetapi secara idealnya kita mahu Lacazette di sana.” – AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia