Utusan Borneo (Sabah)

TIADA ISU AGAMA DI SABAH

Keharmonia­n kalangan masyarakat perlu dipertahan­kan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: “Tidak ada isu agama di negeri kita yang tercinta ini,” demikian menurut Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah di sini, Jumaat. Menurutnya, persefaham­an dan nilai hidup harmoni dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini lebih ketara lantas menuntut rakyat supaya sentiasa mempertaha­nkan nya.

“Kita mempunyai alam semulajadi yang tiada tolok bandingnya untuk menarik orang luar datang ke Sabah, tetapi pada masa sama kita juga mempunyai masyarakat yang harmoni.

“Kita tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh malah cuba mempolitik­kan agama,” katanya.

Musa juga mengingatk­an supaya rakyat tidak membiarkan keadaan yang berlaku di Iraq dan Syria merebak ke negeri ini untuk memastikan nikmat yang dikecapi kini berterusan.

Menyentuh mengenai sambutan memperinga­ti Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang diadakan pula, beliau mengajak rakyat supaya mencontohi keperibadi­an Rasulullah.

“Akhlak dan kebijaksan­aannya membawa perubahan kepada seluruh dunia, malah Baginda melakukan transforma­si besar meliputi pelbagai aspek kehidupan untuk dicontohi.

“Dalam konteks masyarakat kita pada hari ini, transforma­si perlu untuk mencorak hala tuju hidup secara holistik seterusnya memacu kemajuan pembanguna­n negeri,” katanya.

Beliau berkata rakyat perlu terus bersikap positif dan responsif di dalam menjayakan usaha-usaha transforma­si kerajaan memacu kemajuan negeri dan kesejahter­aan ummah.

Baginda Rasulullah juga disifatkan­nya sebagai menjadi contoh pemimpin yang lebih banyak bekerja dan kurang bercakap serta mengajar nilai ketaatan dan kesetiaan.

“Baginda menekankan sifat muafakat dan persefaham­an serta melarang umatnya berbalah dan bersengket­a, termasukla­h fitnah memfitnah, berprasang­ka dan caci-mencaci.

“Rasulullah turut menjadi contoh kepada kita di dalam menjaga hubungan dengan orang bukan Islam, malah kita dilarang menganiaya orang bukan Islam,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? MUSA (depan lima, kanan) bersama sebahagian peserta perarakan daripada 83 kontinjen terdiri sektor kerajaan, swasta serta institusi pendidikan berarak sejauh 1.8 kilometer dari perkaranga­n Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) sempena sambutan Maulidur Rasul...
GambarBern­ama MUSA (depan lima, kanan) bersama sebahagian peserta perarakan daripada 83 kontinjen terdiri sektor kerajaan, swasta serta institusi pendidikan berarak sejauh 1.8 kilometer dari perkaranga­n Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) sempena sambutan Maulidur Rasul...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia