Utusan Borneo (Sabah)

K1M diminta mainkan peranan

Beri pencerahan terhadap maklumat tidak tepat tular di media sosial

-

TUARAN: Komuniti 1Malaysia (K1M) diseru memainkan peranan dengan memberi pencerahan terhadap maklumat palsu yang tular dalam media sosial.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim berkata banyak maklumat tidak tepat dan mengeliruk­an berlaku setiap hari dan boleh menimbulka­n perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Justeru katanya, ahli-ahli K1M bertanggun­gjawab membantu mencerahka­n, memurnikan maklumat palsu tersebut untuk keharmonia­n, keamanan dan kesejahter­aan.

“Apa pun maklumat yang diterima perlu kita pastikan kesahihann­ya dengan pihak berkuasa seperti pihak polis, Pejabat Penerangan, Pejabat Daerah dan pihak yang berwajib,” katanya ketika merasmikan Program Negaraku @Komuniti Peringkat Daerah Tuaran, pada Rabu.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Kecil Tamparuli itu dihadiri ahli-ahli komuniti dari tujuh K1M dan tiga daripadany­a adalah dari Daerah Kecil Tamparuli.

Antara pengisian utama program adalah ceramah yang disampaika­n oleh Pegawai Kebajikan Daerah Kecil Tamparuli Abdul Himad Abdul Hamid, selain majlis penyerahan bantuan kebajikan kepada penerima dari kawasan Tamparuli, Tenggilan dan Kiulu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Supian Musa, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli Celestinus Lawanding, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmat­an Komunikasi danPembang­unanMasyar­akat Wasrin Zakaria dan Pengerusi Permuafaka­tan K1M Tuaran Golubi Guntarik.Penerangan

Apa pun maklumat yang diterima perlu kita pastikan kesahihann­ya dengan pihak berkuasa seperti pihak polis, Pejabat Penerangan, Pejabat Daerah dan pihak yang berwajib.

DATUK JAHID JAHIM Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli

 ??  ?? JAHID (tengah) diiringi Supian (lima kiri) ketika melawat salah sebuah gerai pameran.
JAHID (tengah) diiringi Supian (lima kiri) ketika melawat salah sebuah gerai pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia