Utusan Borneo (Sabah)

LIGS akan tingkat pengeluara­n getah

- Oleh DELLROY

TENOM: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) akan meningkatk­an produktivi­ti bekalan getah berikutan beberapa kilang getah di negera China berminat untuk membeli bekalan getah dari negeri ini.

Pengerusi LIGS, Datuk Rubin Balang berkata, ini susulan lawatan kerja rasmi beliau di Quanzhou, China baru-baru ini, yang mana beberapa kilang di negara tersebut menawarkan untuk membeli bekalan getah dari negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Seikhlas Kasih Sempena Perayaan Krismas 2017 anjuran Pergerakan Wanita Umno bahagian Tenom di Dewan Ontoros, di sini pada Jumaat.

“Beberapa kilang di negara China memang berhasrat untuk mengadakan perbincang­an lebih lanjut supaya getah-getah di Sabah ini akan terus dihantar ke kilang mereka.

“Selain daripada itu juga untuk memperting­katkan harga getah ini saya juga memberi jaminan ketika mengadakan perbincang­an di negara China barubaru ini bahawa kita akan pertingkat­kan kualiti getah produktivi­ti pengeluara­n dan penghantar­an itu,” katanya.

Katanya,penghantar­anterus bekalan getah ke beberapa kilang di China ini nanti juga bakal mengatasi masalah komoditi harga getah di Sabah yang lebih rendah berbanding di Semenanjun­g.

Selepas majlis ini, Rubin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong turut melawat projek pembanguna­n kerajaan negeri melibatkan pembinaan pintu gerbang, replika buahbuahan di jalan bulatan pekan Kemabong dan papan tanda taman buah-buahan di Kampung Paal Batu 10 beranggara­n kos RM1 juta.

 ??  ?? RUBIN meninjau pembinaan pintu gerbang berdekatan pekan kecil Kemabong.
RUBIN meninjau pembinaan pintu gerbang berdekatan pekan kecil Kemabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia