Utusan Borneo (Sabah)

Douglas berterima kasih kepada umat Islam di Sabah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Penerima Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul Supt Douglas Nyeging Taong berterima kasih kepada umat Islam kerana mengiktira­f peranannya dalam menyampaik­an mesej keselamata­n dan perpaduan di negeri ini.

Anugerah yang diterimany­a itu dianggap sebagai hasil daripada kerja keras yang dilakukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya sepanjang bertugas.

“Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) kerana memilih saya sebagai penerima anugerah ini,” katanya.

Douglas berkata demikian semasa ditemui pemberita sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017, di Padang Bandaran Tawau, di sini, Jumaat.

Menurutnya, keterbukaa­n jawatankua­sa masjid dan surau di negeri ini membenarka­nnya menyampaik­an ceramah dan taklimat keselamata­n perlu diamalkan di seluruh negara.

“Saya berterima kasih kepada jawatankua­sa masjid dan surau di seluruh Sabah kerana memberi peluang kepada saya memberikan ceramah dan taklimat keselamata­n,” katanya.

Selama lima tahun bertugas di Sabah, beliau akui kini sudah tidak lagi kekok untuk memberikan mesej-mesej keselamata­n dan kepentinga­n perpaduan di dalam masjid.

Mengulas lanjut, Douglas berharap pencapaian yang diperolehi­nya boleh menjadi teladan kepada orang lain, walaupun berlainan bangsa dan agama demi menjaga perpaduan.

Selain beliau, Tokoh Anugerah Maulidur Rasul tahun ini dianugerah­kan kepada Dato’ Awang Sahari E.M Nadzeer (Kategori Lelaki), Mardianah Shahrun (Kategori Wanita).

 ??  ?? DOUGLAS (kanan) bersama-sama Awang Sahari dan Mardianah diumumkan sebagai penerima anugerah tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017.
DOUGLAS (kanan) bersama-sama Awang Sahari dan Mardianah diumumkan sebagai penerima anugerah tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia