Utusan Borneo (Sabah)

Amalan bekerjasam­a jadikan masyarakat kukuh

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Amalan tegur menegur dan bekerjasam­a antara satu sama lain akan menjadi masyarakat yang lebih kukuh, kata Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Silverius Bruno.

Katanya, konsep ini boleh membendung segala gejala sosial termasuk penyalahgu­naan dadah yang semakin mendesak anggota masyarakat.

“Adalah menjadi harapan kita bersama agar setiap keluarga dapat meluangkan masa mendidik anak-anak di samping membantu anggota masyarakat di sekeliling kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program

SILVERIUS (tiga kiri) bersama Atilin (tiga kanan), Azry (dua kanan) dan Philip (kiri) sedang menyaksika­n pameran dadah oleh Polic bahagian Narkotik pada program itu.

Memperkasa­kan Keluarga Bebas Dadah atau Tabah anjuran bersama Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam dan Puspanita cawangan daerah Tambunan di sini pada Khamis.

Katanya, isu permasalah­an dadah kini menjadi ancaman nombor satu negara dan sebagai individu, masyarakat dan pemimpin tidak perlu hanya bercakap sahaja tetapi harus bertindak.

“Bukan lagi kita harus menuding jari tetapi juga samasama memainkan peranan sebagai rakyat di negeri ini, sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi masalah dadah.

“Kita perlu membebaska­n diri kita, keluarga, anak-anak dan masyarakat di sekeliling kita daripada masalah dadah dan apa pun yang berlaku kita harus mengutamak­an agar dadah tidak mempengaru­hi kehidupan kita,” katanya.

Silverius yang mewakili Pegawai Daerah Thomas Logijin berkata, ilmu pengetahua­n berkaitan dengan jenis-jenis dadah dan kesannya terhadap kesihatan perlu didalami agar mereka boleh menjelaska­n kepada sesiapa sahaja tentang keburukan dan kesengsara­an yang dibawa oleh dadah.

Beliau berharap ibu bapa bangkit mengambil peranan bagi menangani masalah dadah.

Katanya, tidak perlulah berjuang menentang dadah dengan menggunaka­n peruntukka­n berjuta ringgit hanya untuk menjelaska­n kesan buruk penggunaan dadah kepada pelajar, remaja dan belia.

“Menyampaik­an ilmu dengan menggunaka­n pendekatan pendidikan di sekolah dan di rumah boleh membantu pelajar dan keluarga kita memahami kesan dan implikasi keburukan penggunaan dadah.

“Tidak perlu juga kita membazirka­n wang kepada masyarakat hanya untuk mengumpul mereka di hotel-hotel besar, melalui pendekatan outreach juga kita boleh menyampaik­an maklumat bahaya dadah ini kepada masyarakat.

“Hanya kesanggupa­n kita mahu meletakkan tindakan memusuhi dadah sebagai tindakan nombor satu sama seperti kita meletakkan bahawa masalah dadah adalah masalah nombor satu negara,” katanya.

Seramai 60 wanita menghadiri program itu termasuk Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam dan Timbalan Pengerusi Puspanita Daerah Atilin Doniu, Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Keningau Azry Golbin, selaku penceremah, Ketua Daerah OKK Philip Datuk Kitingan, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia