Utusan Borneo (Sabah)

7,200 daftar ahli Gerah

Tulang belakang, mata dan telinga SPRM di Sabah

-

KENINGAU: Seramai 7,200 orang telah mendaftar sebagai ahli Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Sahabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah setakat ini, kata Pengarah SPRM Sabah Dato Sazali Sabli, di sini.

Katanya, pada keseluruha­nnya kempen Gerah seluruh negara setakat Rabu seramai 121,000 Sahabat SPRM.

“Diharapkan mereka ini menjadi tulang belakang, mata dan telinga kepada SPRM khususnya di Sabah untuk menyalurka­n apa-apa maklumat atau menyebarlu­as mesej-mesej anti-rasuah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Anti Rasuah Antarabang­sa peringkat negeri Sabah di padang bandaran, di sini pada Khamis.

Sazali berkata, MACC akan mengumpul mereka pada tahun hadapan untuk program-program yang lebih khusus untuk mereka yang telah mendaftar sebagai ahli Gerah.

Beliau memberitah­u insentif-insentif yang diberikan kepada Sahabat Gerah ini antaranya mereka diberikan kad keahlian dan melalui kad ini mereka akan mendapat beberapa kemudahan melanggan ke Starbuck termasuk bercuti ke Sunway Lagoon di Kuala Lumpur serta diberikan diskaun.

“Ada beberapa lagi

“Diharapkan mereka ini menjadi tulang belakang, mata dan telinga kepada SPRM khususnya di Sabah untuk menyalurka­n apaapa maklumat atau menyebarlu­as mesej-mesej anti-rasuah di negeri ini, ” DATO SAZALI SABLI Pengarah SPRM Sabah

keistimewa­an yang diberikan kepada ahli-ahli Sahabat SPRM sekiranya mendaftar sebagai ahli Gerah,” katanya.

Mengenai program itu katanya, ianya diawalkan kerana SPRM mengambil peluang sempena dengan Festival Crocker Range yang mana acara ini akan dilancarka­n malam Jumaat.

Katanya, SPRM rasa bersyukur kerana pentadbira­n kerajaan negeri diketuai oleh Ketua Menteri dan barisan Kabinet termasuk pemimpin masyarakat di daerah ini memberi kerjasama kepada SPRM membantera­s rasuah dan salah guna kuasa.

“Pada kami SPRM tidak mampu melaksanak­an tugas tanpa sokongan dan kerjasama daripada masyarakat dari atasan hinggalah bawahan dalam satu-satu negeri itu. Hari ini kami merasa bangga kerana komuniti di daerah ini turut sama meraikan program ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Sazali berkata objektif penganjura­n program itu adalah untuk mendekatka­n masyarakat umum kepada SPRM di mana penekanan diberikan untuk meningkatk­an kesedaran dan meraih sokongan yang berterusan di kalangan masyarakat untuk bersamasam­a berjihad memerangi rasuah.

Selain itu katanya, menanamkan sifat tanggungja­wab di kalangan masyarakat, memberi pendedahan di kalangan masyarakat akan perjalanan ‘core business’ SPRM dan melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang unggul, berintegri­ti dan siap siaga menjadi pemimpin pelapis di masa akan datang.

 ??  ?? SAZALI menyampaik­an cendera kenangan kepada Sairin. Turut kelihatan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n.
SAZALI menyampaik­an cendera kenangan kepada Sairin. Turut kelihatan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia