Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 2000 penganut Taoist akan hadir: Chong

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTAKINABA­LU:Lebih2,000 penganut Taoist dijangka hadir dalam satu upacara keagamaan di tokong Taoist Yu Huang Tuaran.

Pengerusi Pengurusan Pertubuhan Tokong Taoist Yu Huang Tuaran, Chong Yin Fah berkata, acara berkaitan akan diadakan selama empat hari dari 14 sehingga 17 Disember ini sempena dengan ulang tahun ke-10 tokong itu.

“Satu majlis makan malam akan diadakan pada 14 Disember untuk mengalu-alukan kedatangan seramai 36 ketua-ketua sami dari luar negara.

“Sami-sami itu khususnya berasal dari negara seperti Taiwan, China, Singapura serta negara Asia yang lain. Majlis malam itu akan dirasmikan oleh Datuk Susan Wong,” katanya kepada pemberita, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, selepas upacara diadakan sebelah pagi 15 Disember, majlis makan malam yang diadakan dalam Dewan Hakka Kota Kinabalu dijangka dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, untuk majlis makan tengahari pada 16 Disember pula, pihaknya telah menjemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merangkap Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau untuk menyempurn­akan acara itu.

“Pihak tokong juga berterima kasih kepada Madius di atas sumbangan yang telah diberikan kepada persatuan ini.

“Acara kemuncak akan diadakan pada 17 Disember yang mana ramai penganut Taoist di sini akan hadir untuk menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing,” katanya.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia