Utusan Borneo (Sabah)

Dapur Hospital Keningau terbakar?

12 anggota, dua pegawai bomba, 27 kakitangan hospital terlibat latihan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Satu ‘kebakaran’ telah dikesan di bahagian dapur Hospital Keningau ketika anggota yang bertugas sedang sibuk menyediaka­n makanan kepada pesakit.

Pada masa kejadian itu, jumlah staf yang bertugas di bahagian dapur ialah seramai 15 orang termasuk seorang pegawai.

Dua staf sokongan hospital telah mengalami ‘kecederaan patah kaki’ semasa kebakaran itu sementara tiga staf lagi ‘melecur’ dan berjaya dikeluarka­n oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah.

Sementara itu, dua pesakit kritikal telah dikeluarka­n dari wad terdekat iaitu wad bersalin.

Itu adalah antara adeganadeg­an menarik pada Latihan Pengurusan Kebakaran

“Latihan ini juga merupakan program tahunan sebagai salah satu syarat membaharui ” sijil bomba

Hospital Keningau yang diadakan di hospital itu di sini pada Khamis.

Penyelaras latihan yang juga salah seorang pegawai Hospital Keningau, Julius Raymond ketika dihubungi pada Jumaat memberitah­u bahawa hospital itu telah mengadakan latihan Pengurusan Kebakaran di kalangan kakitangan­nya JULIUS RAYMOND Pegawai Hospital Keningau di premis hospital itu pada Khamis bermula jam 11.30 pagi.

Katanya,antaratuju­anlatihan itu adalah untuk meningkatk­an kemahiran dan kesiapsiag­aan di kalangan anggota Hospital Keningau ketika berhadapan dengan situasi kebakaran.

“Latihan ini juga merupakan program tahunan sebagai salah satu syarat membaharui sijil bomba,” katanya.

Menurut beliau, pada sesi latihan itu seramai 12 orang anggota dan dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah dengan dua jentera dan sebuah van perubatan bomba terlibat.

Sementara itu katanya, seramai 27 staf dari pelbagai bahagian Hospital Keningau telah terlibat dalam latihan itu.

“Wad yang terlibat pengosonga­n semasa latihan itu dijalankan ialah wad bersalin, wad sakit puan, stor farmasi dan jabatan sajian. Seramai 23 pesakit berjaya dikeluarka­n dan dikumpulka­n di kawasan selamat,” katanya.

Julius memberitah­u latihan itu amat memberi kesan kepada kakitangan yang terlibat dan ia begitu berjaya atas kerjasama semua pihak, termasuk agensi yang terlibat, staf dan pesakit hospital itu.

 ??  ??
 ??  ?? DUA anggota bomba sedang mengeluark­an salah seorang staf yang mengalami kecederaan.
DUA anggota bomba sedang mengeluark­an salah seorang staf yang mengalami kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia