Utusan Borneo (Sabah)

Bekas Senator Tokoh Maulidur Rasul Labuan

-

LABUAN: Bekas Senator Ahli Dewan Negara, Datuk Haji Yunus Kurus dinobat sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkatW­ilayahPers­ekutuan Labuan 1439H/2017M.

Beliau yang masih aktif melibatkan diri dalam kemasyarak­atan dan masih menjawat jawatan sebagai Naib Presiden 1 Persatuan Karate Labuan, Penasihat Rukun Tetangga dan Persatuan Belia dan Beliawanis Kawasan Kampung Sungai Bangat, Labuan, Ahli Jawatankua­sa Pemadam Negeri dan Penasihat Masjid Al- Falah, Kampung Bukit Kalam Labuan.

Yunus, 70, yang merupakan anak jati Labuan pernah menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan di Jabatan Pertanian Negeri Sabah dan Jabatan Pertanian Persekutua­n selain pernah menerima beberapa anugerah antaranya Anugerah Gelaran Bintang Panglima Mahkota Wilayah serta Tokoh Belia Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM1000, sijil penghargaa­n dan plak yang disampaika­n oleh Ahli Parlimen Labuan merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n Labuan Datuk Rozman Datuk Haji Isli pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 1439H/2017M di Dataran Labuan, pagi Jumaat.

Terdahulu pada ucapan perasmian, Rozman berkata bahawa kesejahter­aan ummah mahupun negara menuntut keikhlasan dan istiqamah semua pihak bagi memastikan semangat perpaduan dan kesefahama­n antara sesebuah komuniti terus terpelihar­a.

“Hanya melalui roh dan semangat inilah, masyarakat di Malaysia khususnya umat Islam mampu terus hidup dalam suasana yang tenteram, sejahtera dan harmoni,” ujar Rozman.

Rozman juga menyeru agar masyarakat Labuan sentiasa bersatu padu dalam menangani apa jua permasalah­an yang berlaku dengan mencari persamaan dan bukannya perbezaan yang mana ianya akan menggugat kesatuan yang kita bina.

Sebanyak 65 buah kontinjen dengan penyertaan seramai 3,800 orang yang terdiri daripada komuniti kampung, kakitangan awam, swasta, para pelajar IPTA/IPT, pelajar sekolah menengah/ rendah , badan-badan bukan kerajaan (NGOS), badan beruniform menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul sejauh 3.1 kilometer mengelilin­gi bandar Labuan yang bermula dari Dataran Labuan.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad serta ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutua­n.-Penerangan

 ??  ?? YUNUS (empat dari kanan) menerima hadiah sebagai Tokoh Maulidur Rasul daripada Rozman (empat dari kiri).
YUNUS (empat dari kanan) menerima hadiah sebagai Tokoh Maulidur Rasul daripada Rozman (empat dari kiri).
 ??  ?? PERARAKAN kontinjen sejauh 3.1 kilometer.
PERARAKAN kontinjen sejauh 3.1 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia