Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Apresiasi Asrama Desa SK Weston penuh warna warni

-

BEAUFORT: Majlis Apresiasi Asrama Desa SK Weston Beaufort yang diadakan baru-baru ini penuh warna-warni.

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di asrama berkenaan memberikan peluang kepada para penghuniny­a khususnya pihak sekolah untuk memberikan penghargaa­n kepada para pelajar yang aktif bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga bidang kokurikulu­m.

Jurucakap asrama berkenaan Azlan Abdul Karim merasa gembira dengan majlis berkenaan kerana pertama kali diadakan.

“Majlis yang bertujuan untuk penghargai sumbangan dan pencapaian para pelajar asrama ini telah disambut dengan tradisi budaya apabila persembaha­n tarian turut dipersemba­hkan oleh penghuni asrama sendiri,” katanya.

“Selain itu majlis ini juga bertujuan untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara penghuni, para guru serta ibu bapa,” tambahnya.

Dalam ucapan perasmiann­ya Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pejabat Pendidikan Beaufort Mohd Jali Nordin menekankan agar para ibu bapa bersedia memasukkan anak ke asrama kerana banyak peluang boleh diperolehi sekiranya anak-anak tinggal di asrama.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada Asrama SK Weston ini kerana satu-satunya asrama desa yang berjaya menganjurk­an majlis ini.

“Tahniah juga kepada sekolah ini kerana merupakan salah satunya sekolah harian yang mempunyai padang hoki bertaraf dunia di negeri Sabah,” tambahnya.

Ini terbukti apabila pada tahun ini seorang pelajar sekolah ini telah berjaya hingga ke peringkat kebangsaan dalam permainan hoki dan saya juga mahu program kebudayaan khususnya tarian diperkasak­an di daerah ini di bawah program Tranformas­i Asrama,” ujarnya lagi.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya Guru Besar Siti Guntok menjelaska­n tentang majlis yang menghargai muridmurid asrama dan warga pendidik serta kakitangan sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulu­m serta sahsiah murid.

“Sehubungan dengan kecemerlan­gan murid di sekolah ini maka kita akan melancarka­n replika hoki yang merupakan salah satu kebitaraan sekolah ini,” katanya.

Dalam majlis berkenaan Muhd Haidith Ashrien Yahya telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid Sukan Asrama dengan pencapaian­nya yang mewakili sukan hoki sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Sementara Nur Syazlina Usman menerima Tokoh Akademik Asrama.

 ??  ?? JALI menyampaik­an anugerah Tokoh Sukan Murid Asrama Kepada Muhd Haidith Ashrien Yahya.
JALI menyampaik­an anugerah Tokoh Sukan Murid Asrama Kepada Muhd Haidith Ashrien Yahya.
 ??  ?? HAJI Ali Baba merasmikan Replika Hoki sebagai tanda kebitaraan SK Weston.
HAJI Ali Baba merasmikan Replika Hoki sebagai tanda kebitaraan SK Weston.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia