Utusan Borneo (Sabah)

Berhati-hati nilai sesuatu isu

Nasihat kepada generasi muda khususnya mahasiswa

-

KUALA LUMPUR: Generasi muda, khususnya golongan mahasiswa di negara ini perlu lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu isu agar mereka tidak mudah dikeliruka­n oleh pihak tertentu yang tidak bertanggun­gjawab, kata Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Ibrahim Saad.

Beliau berkata golongan muda sepatutnya mampu melindungi diri mereka daripada diperdayak­an dengan hasutan pihak tertentu kerana mereka lebih mudah mencari fakta.

“Perkara ini amat penting kerana jatuh bangun negara turut terletak di bahu mahasiswa muda seperti anda semua kerana siapa lagi mengambil alih kepimpinan negara apabila tiba waktunya kelak kalau bukan generasi muda ketika ini,” katanya di depan kira-kira 50 mahasiswa pada Persidanga­n Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 2017.

Pada sesi itu, Ibrahim turut menunjukka­n slaid mengenai isu-isu terkini di dalam dan luar negara serta contoh kekeliruan yang cuba ditimbulka­n oleh pihak tertentu untuk mengaburi mata dan minda masyarakat.

Antara isu yang dijadikan contoh ialah harga minyak, kadar hutang negara serta situasi politik semasa.

Pemanas 2017 yang berlangsun­g selama empat hari bermula semalam diadakan bersempena Perhimpuna­n Agung Umno yang akan bermula Selasa depan.-Bernama

“Perkara ini amat penting kerana jatuh bangun negara turut terletak di bahu mahasiswa muda seperti anda semua kerana siapa lagi mengambil alih kepimpinan negara apabila tiba waktunya kelak kalau bukan ” generasi muda ketika ini DATUK IBRAHIM SAAD Ketua Pengarah Biro Tatanegara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia