Utusan Borneo (Sabah)

Raja Muda Perlis mahu semua pihak tangani isu ponteng

-

KANGAR:Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l bertitah agar ibu bapa, imam, jawatankua­sa masjid dan Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK), badanbadan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah berganding bahu membendung isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.

Menurut baginda pihakpihak berkenaan wajar memainkan peranan dengan serius bagi menghapusk­an isu ponteng sekolah ke arah melahirkan generasi baharu yang kuat jati diri dan berupaya menghadapi persaingan dalam dunia tanpa sempadan.

“Beta mahu semua pihak mengambil langkah dan tindakan proaktif malah hendaklah bertindak dengan terancang supaya matlamat kita tercapai.

“Kawasan-kawasan ‘hitam’ yang sering menjadi lokasi ponteng pelajar hendaklah dipantau habis-habisan secara bersepadu,” baginda bertitah merasmikan majlis penutup ‘Bengkel Insan Cemerlang, Rakyat Terbilang 2017’ di Masjid Al Ghufran, Jalan Kaki Bukit, malam Khamis.

Keberangka­tan baginda pada majlis itu disambut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Izmi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah isu ponteng dan hilang tumpuan kepada pelajaran akan menjadi ‘barah’ merosakkan generasi muda negara.

“Beta kerap terjumpa golongan yang tercicir ini semasa berangkat menyantuni asnaf di seluruh negeri ini (Perlis) untuk menyampaik­an sumbangan MAIPs,” titah baginda.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia