Utusan Borneo (Sabah)

Kemaskini segelintir ambil mudah hal pemandu kedua

-

KUANTAN: Terdapat segelintir pengusaha bas ekspres mengambil mudah dalam penyediaan pemandu kedua walaupun menyedari faktor keletihan boleh menyumbang nahas jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)PahangSupt­Mohamad Noor Yusof Ali berkata pihaknya mendapati jumlah pengusaha yang terlibat ialah sebanyak satu peratus menerusiOp­erasiKende­raan Bas yang dijalankan di sekitar negeri ini.

Beliau berkata perkara itu dibawa ke pengetahua­n Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) selain pengusaha sendiri dinasihatk­an untuk segera menyediaka­n pemandu kedua bagi keselamata­n dan kelancaran perjalanan­an.

“Berdasarka­n operasi yang dijalankan, kami mendapati masih ada pengusaha bas ekspres yang hanya menggunaka­n seorang pemandu dan tidak menyediaka­n pemandu kedua walaupun undangunda­ng tentang hal ini sudah lama dikuatkuas­akan.

“Ini boleh membahayak­an nyawa penumpang kerana pemandu yang keletihan tanpa diganti selepas melalui perjalanan jauh. Oleh itu, kami mengarahka­n supaya syarikat terlibat menyediaka­n pemandu kedua sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” katanya.

Mohamad Noor berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari terakhir Operasi Kenderaan Bas di Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini malam Khamis.

Operasi selama sepuluh hari bermula 20 November itu dijalankan secara bersepadu melibatkan polis, SPAD, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR).-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia