Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman hampir karam kekal di ingatan Tokoh Anugerah Maulidur Rasul

-

KUANTAN: Pengalaman bot hampir karam selepas pulang dari menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan di Hulu Tembeling, Jerantut dekat sini 22 tahun lalu, antara memori yang kekal di fikiran Datuk Rahimah Muhammad Kawi.

Rahimah, 80, yang merupakan antara wanita terawal bergelar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pahang berkata semasa itu, beliau nekad untuk keluar dari Kampung Bantal meskipun hari semakin gelap dan jam sudah 6 petang.

Katanya, ramai yang meminta beliau untuk bermalam namun beliau menolak kerana memikirkan perlu menghadiri program lain pada awal pagi, sedangkan perjalanan untuk ke jeti Taman Negara mengambil masa kira-kira enam jam dengan menaiki bot.

“Tiba-tiba bot kami dilanda arus kuat dan hampir karam... keadaan begitu cemas dan empat lelaki yang ada bersama, segera terjun ke sungai untuk memegang bot supaya tidak dibawa arus atau terbalik.

“Kami di atas bot pula segera mencapai apa sahaja yang ada untuk menimba air. Waktu itu, memang saya ingat sudah ajal di tengah sungai. Mujur tidak lama kemudian kaum lelaki berjaya menolak bot ke atas batu,” katanya.

Rahimah berkata demikian kepada pemberita selepas menerimaAn­ugerahMaul­idur Rasul Peringkat Pahang yang disampaika­n Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di Masjid Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Beliau yang menerima anugerah itu sebagai penghargaa­n kepadanya yang banyak menganjurk­an aktiviti keagamaan dan kemasyarak­atan di sekitar Jerantutda­nLipis,menerima trofi, wang tunai serta sijil.

Rahimah menambah beliau tidak pernah mengimpika­n akan menerima anugerah itu, kerana apa yang dilakukann­ya dahulu adalah untuk kebaikan orang ramai selain memberi kepuasan kepada dirinya.-Bernama

 ??  ?? PENERIMA Anugerah Maulidur Rasul Datuk Rahimah Muhammad Kawi, 80, bersama replika cek selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pahang 2017 di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu pada Jumaat.
PENERIMA Anugerah Maulidur Rasul Datuk Rahimah Muhammad Kawi, 80, bersama replika cek selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pahang 2017 di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia