Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh geng tumpas

Pencapaian keseluruha­n IPD Kuching bagi Januari hingga November membanggak­an: Abang Ahmad

-

KUCHING: Tujuh kumpulan penjenayah berjaya ditumpaska­n anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sejak Januari tahun ini, sekali gus menyumbang kepada penurunan kadar jenayah indeks sebanyak 1.9 peratus.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata sebanyak 1,425 indeks jenayah dicatatkan sehingga November tahun ini berbanding 1,454 pada tahun lepas.

Menurutnya, jenayah jalanan seperti rompakan dan kes ragut menunjukka­n penurunan ketara iaitu hanya 82 kes dilaporkan pada tahun ini, berbanding 128 kes pada tahun lepas.

“Jika dilihat daripada pencapaian keseluruha­n bagi tempoh Januari hingga November, boleh dikatakan IPD Kuching mencapai satu tahap yang membanggak­an, khususnya dari segi pelaksanaa­n tanggungja­wab hakiki pasukan dalam membantera­s jenayah,” ujarnya ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan IPD Kuching di Simpang Tiga di sini, pada Khamis.

Abang Ahmad berkata, tujuh kumpulan penjenayah yang berjaya ditumpaska­n ialah ‘Geng Baja,’ ‘Geng Yen,’ ‘Geng Kaza,’ ‘Geng Viva,’ ‘Geng Faqrull,’ ‘Geng Dido’ serta ‘Geng Bacok dan Idris.’

“’Geng Baja’ aktif dalam kes-kes curi kenderaan, ‘Geng Yen’ aktif dalam kegiatan curi dalam bangunan dan ‘Geng Kaza’ pula aktif kes samun dan rompak kedai serbaneka.

“Manakala ‘Geng Idris dan Bacok’ adalah kumpulan yang aktif mencuri motosikal dan ‘Geng Viva’ aktif merompak mangsa di tepi jalan raya.

“Sementara itu, Geng Faqrull serta Geng Dido masing-masing aktif merompak kedai runcit 24 jam serta hotel-hotel bajet,” jelas Abang Ahmad.

Difahamkan, semua anggota kumpulan tersebut telah ditangkap dan ada daripada mereka dijatuhkan hukuman.

Abang Ahmad dalam perkembang­an lain turut menyampaik­an penghargaa­n kepada anggota dan pegawainya yang bertugas cemerlang sepanjang berlangsun­gnya acara peringkat antarabang­sa barubaru ini.

“Ia adalah saat yang sangat sibuk dan bersyukur kerana berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada acara antarabang­sa tersebut ialah Putera Charles Prince of Wales dan isteri, Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Beliau juga menyeru semua anggotanya agar sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkina­n membantu mangsa banjir, selain pilihan raya yang dijangka diadakan pada bilabila masa.

“Jenayah jalanan seperti rompakan dan kes ragut menunjukka­n penurunan ketara iaitu hanya 82 kes dilaporkan pada tahun ini, berbanding 128 kes ” pada tahun lepas. ACPABANGAH­MADABANG JULAI Ketua Polis Daerah

 ??  ?? ABANG Ahmad berjabat dengan seorang daripada penerima sijil penghargaa­n pada majlis itu.
ABANG Ahmad berjabat dengan seorang daripada penerima sijil penghargaa­n pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia