Utusan Borneo (Sabah)

Cabar debat, Pandikar tidak hormat KM

-

KUCHING: Sebagai anak jati Sabah, kenyataan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) amat mengejutka­n dan pelik.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol yang berkata demikian menambah, Pandikar begitu yakin mengatakan hak Sabah dan Sarawak tidak pernah terhakis sejak penubuhan Malaysia.

“Secara tidak langsung Pandikar juga beranggapa­n kedudukan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri dalam Malaysia adalah setaraf semasa penubuhan Malaysia dan di bawah Perlembaga­an Persekutua­n.

“Saya anggap Pandikar pemimpin yang sombong sehingga secara terbuka mencabar Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari untuk berdebat tentang MA63,” katanya diminta mengulas mengenai pendirian terbaharu isu Pandikar terhadap MA63, pada Khamis.

Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) berkata beliau menyerahka­n kepada rakyat Sabah untuk menilai kedudukanP­andikarsam­aada mereka masih memerlukan pemimpin sedemikian.

“Saya yakin Pandikar gagal memahami sentimen serta inspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang sekadar mahu dilayani secara adil mengikutte­rmadansema­ngat MA63 serta peruntukan Perlembaga­an,” jelasnya.

Katanya, mana-mana peruntukan Perlembaga­an yang telah diubah atau sebarang cubaan untuk mengubah peruntukan Perlembaga­an yang akan mengugat atau menghakis kepentinga­n serta keistimewa­an Sabah atau Sarawak harus diperbetul­kan atau dibantah.

Menurutnya, beliau berani dan yakin seluruh rakyat Sarawak membantah dan tersinggun­g dengan kenyataan Pandikar.

Sikap bongkak pemimpin sedemikian sebenarnya mencermink­an sikap tidak menghormat­i kedudukan Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak, juga mengundang kebencian di kalangan rakyat Sarawak.

“Pandikar tidak sepatutnya begitucepa­tmembuatan­daian bahawa kita di Sarawak ini bodoh dan cuai dalam kajian serta pengetahua­n kita tentang MA63.

“Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, Pandikar terpaksa membuat kenyataan sedemikian sematamata untuk memastikan kelangsung­an politiknya.

“Pendirian beliau juga saya anggap sebagai ‘politik tidak bermaruah’,” katanya.

Sementara itu, Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian turut menyelar kenyataan Pandikar dan berjanji akan berdiri teguh di belakang Abang Johari dalam memohon agar MA63 disemak semula.

Semakan itu menurutnya, wajar memandangk­an hak Sarawak dan Sabah perlu dikekalkan seperti termaktub pada awal penubuhan Malaysia.

“Kita menyokong sepenuhnya pendirian Ketua Menteri. Kita tidak akan goyah terhadap apa jua percubaan oleh pemimpin persekutua­n menafikan kepentinga­n MA63,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Parlimen katanya, tidak berkuasa meminda Perlembaga­an Persekutua­n yang menggarisk­an hak Sarawak dan Sabah menerusi penubuhan Malaysia.

“Perlembaga­an Persekutua­n telah dipinda lebih daripada 500 kali dalam tempoh 50 tahun.

“Pindaan itu secara amnya telah menghakis perlindung­an asal dan kuasa yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah.

“Justeru, adalah menjadi hak dan betul bagi kerajaan negeri meminta kerajaan persekutua­n menyemak semula MA63 dengan serius,” jelasnya.

 ??  ?? ABDULLAH SAIDOL
ABDULLAH SAIDOL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia