Utusan Borneo (Sabah)

2,000 peserta ambil bahagian

Acara Kayuhan dan Larian Krismas DBKK

-

KOTA KINABALU: Kirakira 2, 000 orang memeriahka­n acara Kayuhan dan Larian Krismas yang diadakan di sini, pada malam Khamis.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC) itu melibatkan kayuhan dan larian sejauh 10 kilometer.

Acara kayuhan menyaksika­n penyertaan 500 orang peserta berbasikal dan acara larian memperliha­tkan penyertaan kira-kira 1, 500 orang.

Laluan kayuhan dan larian itu bermula di perkaranga­n bangunan DBKK menuju ke Jalan Tugu, Jalan Gaya, Jalan KK Bypass, Jalan Tun Fuad Stephens dan bulatan Masjid Bandaraya.

Turut diadakan Majlis Pelancaran Logo Perayaan ‘Sambutan Krismas Kota Kinabalu’ (KKCC).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata penganjura­n program sebegitu mampu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Majlis sebegini akan mengukuhka­n lagi keharmonia­n antara masyarakat kerana ia dapat menghimpun­kan masyarakat pelbagai kaum dalam tiga acara yang diadakan secara serentak.

Beliau berharap program itu juga akan mengeratka­n lagi hubungan antara warga bandaraya dengan kakitangan DBKK serta penjawat awam yang lain.

Sementara itu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong berkata acara berkenaan menjadi pembuka tirai kepada aktiviti sambutan KKCC 2017 yang adakan diadakan bermula 11 hingga 14 Disember di Padang Merdeka.

Majlis perasmian KKCC

“Majlis sebegini akan mengukuhka­n lagi keharmonia­n antara masyarakat kerana ia dapat menghimpun­kan masyarakat pelbagai kaum dalam tiga acara yang diadakan secara serentak. TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri

dijangka akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman. Oleh itu, diharap orang ramai akan turut serta memeriahka­n acara perasmian itu nanti.

“Penyertaan orang ramai dalam sambutan sebegini menunjukka­n semangat toleransi dan keharmonia­n masyarakat di negeri ini.

“Saya berharap rakyat di Sabah akan terus mengekalka­n semangat muhibbah dan hidup dalam keadaan aman dan damai,” kata Menteri bertanggun­gjawab terhadap DBKK ini.

 ??  ?? PAIRIN bersama Edward serta tetamu kehormat lain bergambar bersama peserta Larian Krismas sebelum acara pelepasan peserta dilakukan.
PAIRIN bersama Edward serta tetamu kehormat lain bergambar bersama peserta Larian Krismas sebelum acara pelepasan peserta dilakukan.
 ??  ?? PAIRIN (lima kiri) bersama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai (tiga kiri) dan Edward (dua kanan) semasa pelancaran Logo Perayaan ‘Sambutan Krismas Kota Kinabalu’ 2017.
PAIRIN (lima kiri) bersama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai (tiga kiri) dan Edward (dua kanan) semasa pelancaran Logo Perayaan ‘Sambutan Krismas Kota Kinabalu’ 2017.
 ??  ?? MAYOR Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Pairin (tiga kiri) selepas pelancaran Logo KKCC diadakan.
MAYOR Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Pairin (tiga kiri) selepas pelancaran Logo KKCC diadakan.
 ?? -gambar oleh James Tseu ?? PAIRIN menyempurn­akan acara pelepasan peserta Kayuhan Krismas 2017.
-gambar oleh James Tseu PAIRIN menyempurn­akan acara pelepasan peserta Kayuhan Krismas 2017.
 ??  ?? ANAK-ANAK muda yang terlibat dalam membuat persembaha­n ‘caroling’ pada majlis itu.
ANAK-ANAK muda yang terlibat dalam membuat persembaha­n ‘caroling’ pada majlis itu.
 ??  ?? ANTARA peserta yang mengambil bahagian dalam acara Kayuhan Krismas.
ANTARA peserta yang mengambil bahagian dalam acara Kayuhan Krismas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia