Utusan Borneo (Sabah)

Kedudukan Bosz dalam bahaya

-

BERLIN: Pengurus Borussia Dortmund Peter Bosz (gambar) akan mempertaha­nkan jawatan sekali lagi apabila kelabnya yang bermasalah bertandang ke kelab yang sedang bangkit Bayer Leverkusen dalam Bundesliga malam ini (Sabtu).

Tekanan ke atas jurulatih Dortmund adalah lebih tinggi berbanding semalam ini ekoran kegagalan buruk pada hujung minggu lepas ketika menentang musuh ketat Schalke, apabila Dortmund mensia-siakan kelebihan empat gol dan menyaksika­n siri tanpa kemenangan mereka yang menyedihka­n dilanjutka­n kepada enam perlawanan.

Ketua eksekutif kelab Hans-Joachim Watzke memberi amaran kepada Bosz untuk “berusaha sedaya upaya” dalam usaha bagi menamatkan krisis di Dortmund. Warga Belanda itu memenuhi permintaan tersebut pada minggu ini, dan mengadakan sesi latihan tambahan untuk pemainnya pada Isnin lepas.

Dalam jadual perlawanan lain di Jerman, Bayern Munich berharap kepulangan Thomas Mueller dapat membantu mereka kembali ke landasan kemenangan dalam perlawanan menentang Hanover – dan dengan kelebihan hanya tiga mata sahaja ke atas RB Leipzig, mereka tidak mampu untuk terkandas sekali lagi.

Halaman sukan akhbar di Jerman penuh dengan khabar angin tentang orang yang mungkin akan menggantik­an Bosz, yang amat memerlukan kemenangan ke atas Leverkusen pada hujung minggu ini.

Taruhan tidak memihak kepadanya, kerana Pierre-Emerick Aubameyang dan Mario Goetze tidak akan beraksi pada malam ini. Aubameyang akan menjalani penggantun­gan selepas dibuang dari padang k e t i k a menentang Schalke pada hujung minggu lepas, manakala Goetze tidak dapat bermain selama enam minggu akibat kecederaan buku lali.

Sementara itu, Leverkusen, yang tidak tewas dalam sembilan perlawanan, penuh dengan keyakinan. Prestasi mereka yang baik meletakkan mereka hanya satu mata sahaja di belakang Dortmund di tempat keenam.

Bayern Munich akan dirangsang oleh kepulangan Thomas Mueller ketika mereka berusaha untuk bangkit semula ketika menentang Hanover 96 pada malam ini.

Kekalahan kepada Borussia Moenchengl­adbach pada hujung minggu lepas merupakan yang pertama bagi Bayern sejak pengurus Jupp Heynckes kembali ke kelab itu pada Oktober lalu.

Bagaimanap­un Bayern memenangi kesemua sembilan perlawanan terakhir mereka menentang Hanover, dan pasti jauh lebih yakin sekarang memandangk­an Mueller, pemain antarabang­sa Jerman, sudah cergas semula setelah lima minggu tidak bermain.

“Thomas sebenarnya bukan seorang lelaki yang suka duduk diam, malah dia lebih bersemanga­t lagi berbanding selama ini untuk kembali bermain,” kata rakan sepasukan Mats Hummels. “Dia akan banyak membantu kita Sabtu ini.”

Salah seorang calon paling hangat untuk menggantik­an Bosz, jurulatih Hoffenheim, Julian Nagelsmann, berkata dia mendapati khabar angin yang mengaitkan­nya dengan Dortmund “lebih lucu berbanding menjengkel­kan”.

Tidak begitu lucu adalah prestasi pasukannya sekarang, selepas Hoffenheim tewas dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum perlawanan pada malam ini menentang Leipzig di tempat kedua.

“Buat masa sekarang, saya dapat rasakan bahawa tidak semua individu memberikan segalanya untuk memastikan kita menang,” rungut Nagelsmann selepas kekalahan kepada Hamburg pada hujung minggu lepas.

Moenchengl­adbach, yang menewaskan Bayern, pasti mahu mengambil satu lagi langkah ke arah mencapai cita-cita untuk bermain pada peringkat Eropah dengan kemenangan di Wolfsburg esok.

Gladbach kini menduduki tempat keempat, dan walaupun pengarah sukan menyatakan matlamat musim ini masih untuk menamatkan musim dalam kelompok separuh atas, tumpuan kini diberikan kepada usaha untuk kembali ke Eropah di mana kelab itu mempunyai tradisi membanggak­an selepas mereka mara ke peringkat akhir Piala Eropah pada 1977 tetapi tewas kepada Liverpool.

“Matlamat kita adalah untuk layak bagi pertanding­an Eropah,” kata pemain tengah Matthias Ginter kepada Bild. “Kita belum lagi sebuah pasukan terkemuka, tetapi kita berharap untuk menjadi kelab terkemuka pada musim ini.” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia