Utusan Borneo (Sabah)

Barca sasar lebarkan jurang mata, Real Madrid berdepan Athletic Bilbao

-

MADRID: Barcelona mahu melebarkan kelebihan empat mata mereka di tempat teratas La Liga apabila mereka menentang seorang kawan lama yang menjadi musuh, iaitu jurulatih Celta Vigo, Juan Carlos Unzue, pada malam ini (Sabtu).

Sementara itu Real Madrid bertandang ke kelab bermasalah Athletic Bilbao dengan tumpuan khusus kepada salah seorang bintang Athletic yang sedang meningkat naik.

Kemasukan Gareth Bale (gambar) sebagai pemain gantian untuk menyelamat­kan pasukan muda Real yang goyah daripada keaiban ketika menentang kelab peringkat ketiga Fuenlabrad­a dalam pertanding­an Copa del Rey telah menerima pujian dalam media Sepanyol pada Rabu lepas.

Marcamenya­takanBalet­elah diberi “permulaan baharu” selepas tahun yang dibelenggu oleh siri kecederaan.

Namun, dia mungkin tidak akan diturunkan lagi di San Mames kerana masalah betis yang tidak mengizinka­nnya untuk berlatih sejak dua hari lepas.

Tidak seperti Bale, Keylor Navas sebaliknya tidak membantu Madrid ketika dia kembali beraksi selepas enam minggu tidak bermain apabila dia menolak masuk gol pembukaan Fuenlabrad­a ke dalam jaring sendiri pada pertengaha­n minggu ini.

Kiko Casilla turut dipersalah­kan bagi gol kedua Malaga di Bernabeu pada hujung minggu lepas, sekali gus menjadikan usaha Real untuk mencari penjaga gol baharu semakin mendesak.

Menurut laporan, orang baharu itu adalah penjaga gol Athletic, Kepa Arrizabala­ga, yang merupakan satu daripada beberapa pemain yang menyinar pada musim yang amat mengecewak­an bagi Bilbao.

Arrizabala­ga tidak bermain ketika kelab Basque itu mengalami keaiban dalam kejohanan Piala di tangan kelab pulau kerdil Formentera pada Rabu lepas, sekali gus meletakkan jurulatih Jose Angel Ziganda lebih dekat dengan pemecatan.

Unzue kembali ke Camp Nou dengan harapan untuk meneruskan rekod Celta yang menewaskan Barca sekali dalam setiap daripada tiga musim mereka pada masa lalu ketika dia menjadi pembantu kepada Luis Enrique.

Bagaimanap­un pendekatan berani Celta ketika menentang kelabCatal­anitusejak­beberapa tahun lalu menikmati kejayaan yang bercampur-campur.

Walaupun mereka sudah dua kali membolosi Barca dengan empat gol di stadium sendiri, dalam dua lawatan terakhir mereka ke ibu kota Catalan, Celta telah dibelasah 6-1 dan 5-0.

Las Palmas pula akan mencari jurulatih ketiga mereka pada musim ini selepas Pako Ayestaran dipecat kelmarin.

Ayestaran dilantik hanya pada September lalu selepas Manuel Marquez meletak jawatan.

Kelab pulau itu mungkin menyesal kerana tidak mengekalka­n orang yang mereka bakal hadapi pada hujung minggu ini apabila Quique Setien membawa Real Betis ke Kepulauan Canary.

Setien bukan sahaja memastikan Las Palmas terus kekal dalam liga utama dalam dua musim lepas, tetapi berbuat demikian dengan bola sepak serangan yang mengujakan.

Itu telah diteruskan di Betis, di mana dalam 13 perlawanan mereka dalam La Liga pada musim ini, mereka menghasilk­an 50 gol.

Bagaimanap­un, perbezaan pendapat dengan lembaga mengenai kontrak menyaksika­n Setien meletak jawatan pada musim panas dan meninggalk­an Las Palmas dalam kesusahan.

Valencia menghidupk­an cabaran mereka yang tidak diduga untuk merebut kejuaraan dengan mengikat Barca di stadium sendiri pada hujung minggu lepas.

Bagaimanap­un satu mata itu ternyata mahal apabila pemain yang dipinjamka­n dari Paris Saint-Germain (PSG) Goncalo Guedes mengalami kepatahan ibu jari kaki yang dijangka akan mengetepik­an pemain sayap Portugis itu sehingga hujung tahun.

Tiga gol dan lima hantaran gol oleh Guedes telah memainkan peranan yang amat besar dalam kebangkita­n Valencia.

Bagaimanap­un senarai perlawanan yang mudah sewaktu ketiadaan Guedes memberi harapan kepada Valencia dengan kunjungan ke Getafe esok (Ahad) diikuti Celta, Eibar dan Villarreal sebelum waktu rehat musim salji. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia