Utusan Borneo (Sabah)

Agong berangkat ke sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan 2017

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017M di Masjid Wilayah Persekutua­n di sini malam Jumaat.

Majlis sambutan itu turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.

Pada majlis itu, Pensyarah Bidang Pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2017. Anugerah disampaika­n Sultan Muhammad V.

Dr Muhammad Afifi menerima wang tunai RM50,000, sebuah trofi dan sijil penghargaa­n.

Ketika ditemui pemberita kemudian, beliau berharap Malaysia dapat melahirkan lebih ramai golongan ilmuwan Islam dan ulama daripada kalangan pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaran ketika di peringkat sekolah menengah dan universiti.

“Dulu ada persepsi bahawa golongan ulama ini adalah pelajar yang gagal di peringkat Siji Pelajaran Malaysia (SPM) atau sekolah menengah.

Justeru kerajaan menerusi Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi harus memberi galakan kepada pelajar cemerlang untuk memilih jurusan pengajian Islam ke arah melahirkan lebih ramai ilmuwan dan intelektua­l Islam,” katanya.

Beliau turut meminta golongan ulama dan ilmuan Islam memainkan peranan dalam membersihk­an imej Islam yang diberi gambaran buruk oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

Dalam pada itu, lapan individu lagi menerima Anugerah Maulidur Rasul.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Yaakub Md Amin; Ahli Jawatankua­sa Penasihat Ibadat Haji di Tabung Haji Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz; dan bekas Duta Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Penerimala­inialahPen­gerusi Yayasan Murni Aqidah Datuk Aidit Ghazali; Pengarah Eksekutif Internatio­nal Shariah Research Academy Prof Dr Mohamad Akram Laldin; Ahli Panel Pemikir Dakwah Negara Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin; Profesor di Jabatan Syariah dan Undangunda­ng, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Datin Dr Raihanah Abdullah dan ahli astronomi Dr Nur Adlyka Ainul Annuar.

Mereka dipilih berdasarka­n kepada sumbangan mereka dalam memperkasa­kan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa yang mendapat pengiktira­fan pelbagai pihak. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia