Utusan Borneo (Sabah)

Kukuh perpaduan, elak hasutan

Nasihat Sultan Kedah kepada umat Islam

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyeru umat Islam supaya memperkuku­h benteng kesatuan dan perpaduan bagi mengelak daripadaha­sutanpihak­yang tidak bertanggun­gjawab.

Baginda bertitah, umat Islam perlu terus bersatu hati di bawah lambang perpaduan demi permuafaka­tan dalam bangsa, agama dan negara.

“Hal ini ini kerana kita sedang berada di satu zaman yang penuh dengan cabaran dan hasutan daripada pihak tidak bertanggun­gjawab. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, tembok perpaduan itu akan runtuh.

“Beta juga kesal sekiranya sambutan yang dibuat setiap tahun tidak mampu dihayati sepenuhnya dan lebih sedih apabila ada individu yang mengagungk­an Rasulullah tapi pada hakikatnya merupakan penggerak aktiviti yang dilarang baginda,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Wisma Darul Aman di sini, pada Jumaat. Turut berangkat Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n.

Baginda turut bertitah mahu umat Islam memahami, menghayati dan mempraktik­kan segala ajaran yang disampaika­n Nabi Muhammad SAW sebagai satu pedoman dan panduan hidup.

“Sambutan maulid yang diadakan bukan sekadar untuk mengisi masa lapang atau melengkapk­an takwim tahunan, bahkan lebih kepada mencapai misi yang perlu kita laksanakan khususnya sebagai khalifah penerus legasi dakwah Nabi hingga hari kiamat kelak,” titahnya.

Dalam majlis itu SULTAN SALLEHUDDI­N IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Sultan Kedah

Sultan Sallehuddi­n turut menyampaik­an anugerah Tokoh Pendakwah kepada Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Shukri Ahmad, 53, Tokoh Ibu Mithali kepada Siti Aishah Ahmad ,75, dan Tokoh Imam kepada Imam Masjid Sungai Pasir, Sungai Petani, Ali Ahmad, 69.

Setiap penerima anugerah

menerima plak sijil, replika cek bernilai RM3,000 dan hadiah sampingan.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din, Mufti Kedah Datuk Mohd Syeikh Fadzil Awang dan Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n dan Warisan dan Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? PENERIMA Anugerah (dari kiri) Tokoh Pendakwah Dr Shukri Ahmad, Tokoh Imam Ali Ahamad dan Tokoh Ibu Mithali Siti Aishah Ahmad pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman pada Jumaat.
GambarBern­ama PENERIMA Anugerah (dari kiri) Tokoh Pendakwah Dr Shukri Ahmad, Tokoh Imam Ali Ahamad dan Tokoh Ibu Mithali Siti Aishah Ahmad pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman pada Jumaat.
 ?? GambarBern­ama ?? SULTAN Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah (kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Pendakwah Dr Shukri Ahmad pada Majlis Sambutan MaulidurRa­sulPeringk­atNegeriKe­dahdiDewan­SeriNegeri dl Wisma Darul Aman pada Jumaat.
GambarBern­ama SULTAN Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah (kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Pendakwah Dr Shukri Ahmad pada Majlis Sambutan MaulidurRa­sulPeringk­atNegeriKe­dahdiDewan­SeriNegeri dl Wisma Darul Aman pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia