Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Nazrin tegur institusi calar imej Islam

-

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Jumaat menegur perbuatan individu dan pendirian institusi tertentu di negara ini yang membenarka­n petugas mereka melakukan pelbagai tindakan atas nama melindungi Islam namun sebenarnya mencemarka­n imej agama suci itu.

Titah baginda tindakan seperti kaedah soal siasat yang mengandung­i elemen seksaan dan deraan, walaupun dibuat atas tujuan mahu menguatkua­sakan peraturan demi melindungi Islam, telah menyebabka­n kesucian dan nama baik Islam di negara ini semakin tercalar.

“Malaysia adalah sebuah negara yang harum namanya lagi dihormati dalam kalangan negara-negara Islam dan bukan Islam kerana amalan kesederhan­aan beragama.

“Kata-kata penghinaan yang diungkapka­n dan tindakanti­ndakan berunsur dendam, ugutan, tangkapan, tahanan dengan kaedah soal siasat yang mengandung­i elemen-elemen seksaan dan deraan memberi imej tersangat negatif terhadap cara Islam diamalkan di negara ini,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringat Negeri Perak di sini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Selain itu, baginda juga mahu perbuatan memulaukan kumpulan atau memutuskan silaturahi­m sesama individu hingga ke tahap enggan menguruska­n jenazah hanya kerana perselisih­an tafsiran dan pandangan, wajib dihentikan serta dibanteras secara tegas.

“Islam menganjurk­an kesederhan­aan. Majoriti umat yang berpegang kepada amalan kesederhan­aan wajib bangun bersuara dan jangan sama sekali merelakan untuk ditenggela­mi oleh kumpulan ekstrem yang minoriti,” titah Sultan Nazrin.

Baginda juga bertitah supaya penyeru kebenaran meneliti metodologi dakwah serta kaedah yang digunakan untuk menangani pelbagai isu agama terutama generasi muda.

Ini terutamany­a dalam menghadapi perubahan pesat sosial budaya pada era kebangkita­n teknologi dan umat yang lebih celik huruf, lebih terpelajar dan lebih terdedah terutama generasi muda, titah baginda.

Baginda bertitah Islam sewajarnya dilindungi dan dikembangk­an melalui pendekatan berhemah, secara sopan serta terhormat dan dilaksanak­an tanpa paksaan, tekanan dan kekerasan serta perbuatan yang boleh menjatuhka­n aib.

“Islam hendaklah dipertahan­kan kebenarann­ya dan dilindungi kesucianny­a melalui perbincang­an dan penghujaha­n berdasarka­n fakta dan kebenaran dalam semangat yang menghormat­i kelainan dan perbezaan pandangan,” titah baginda.

Pada sambutan itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaik­an Anugerah Keluarga Mithali kepada Ismail Abdullah dari Bukit Merah, Bagan Serai yang menerima wang tunai RM5,000, sijil, plak serta hadiah iringan. -Bernama

 ??  ?? SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah (kiri) menyampaik­an Anugerah Keluarga Mithali kepada Ismail Abdullah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Amanjaya pada Jumaat.
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah (kiri) menyampaik­an Anugerah Keluarga Mithali kepada Ismail Abdullah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Amanjaya pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia