Utusan Borneo (Sabah)

Beri penerangan ilmiah isu pertikai kedudukan Islam: Sultan Mizan

-

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menggesa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menggunaka­n pelbagai pendekatan dalam mendepani isu yang mempertika­ikan kedudukan Islam dalam Perlembaga­an.

Baginda turut bertitah agar Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu melakukan perkara yang sama bagi mengelak ia menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Mutakhir ini kedengaran suara-suara yang mencabar kesucian agama Islam dan mempertika­ikan kedudukan Islam dalam perlembaga­an negara kita.

“Perkara-perkara negatif seperti ini jika dibiarkan, akan menimbulka­n kecelaruan dalam kalangan umat Islam serta menjejaska­n keharmonia­n beragama di negara ini,” titah baginda.

Sultan Mizan bertitah demikian pada sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Terengganu di sini yang bertemakan ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’.

Turut berangkat Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Ketika bertitah, Sultan Mizan mencadangk­an setiap kali berbangkit­nya isu-isu semasa yang boleh menimbulka­n kecelaruan dalam beragama, keduadua agensi terbabit boleh memberi pencerahan ilmiah dengan mengadakan kuliah, seminar, kursus, khutbah, edaran risalah dan lain-lain cara yang difikirkan perlu.

“Beta juga menggesa agar diperbanya­kkan majlis-majlis zikir yang dibenarkan syarak dalam negeri ini, semoga cahayakeba­ikanzikrul­lahakan menghapusk­an kegelapan kejahatan yang menyerang, di samping mendapat barakah dan reda daripada Allah,” titah baginda.

Selain itu baginda turut berharap agar semua pihak dapat melipatgan­dakan kekuatan dan semangat mengamalka­n suruhan agama bukan sahaja amalan wajib malahan juga amalan sunat dengan penuh yakin dan sempurna. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia