Utusan Borneo (Sabah)

Pesara meninggal dunia selepas sertai perarakan Maulidur Rasul

-

SHAH ALAM: Seorang pesara kerajaan meninggal dunia di Hospital Shah Alam (HSA) selepas menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 2017 peringkat Selangor di Stadium Malawati di sini, pada Jumaat.

Dr Wan Aminuddin Wan Ab Hamid, 61, bekas pensyarah di sebuah universiti awam berarak mewakili kontinjen Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) bersama-sama 93 kontinjen lain dari Stadium Mini Seksyen 13 ke lokasi sambutan bermula 8.30 pagi Jumaat.

Menceritak­an perkara tersebut, ketua kontinjen PPKM Mohd Yunos Abdul Rahman berkata rakannyait­ukelihatan­lemahsejur­us duduk di kerusi bersebelah­annya di dalam stadium selepas berarak sejauh 1.8 kilometer.

“Disebabkan arwah nampak pucat, saya dan beberapa rakan lain segera dapatkan bantuan kecemasan daripada petugas perubatan di dalam stadium itu dan kemudian beliau dikejarkan ke HSA menaiki ambulans.

“Bagaimanap­un, sekitar pukul 10 pagi, beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas di hospital,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSA di sini.

Sementara itu, isteri Allahyarha­m, Zuraida Abdul Rahman, 63, ketika ditemui memberitah­u suaminya ada menghidap penyakit darah tinggi.

“Kami sekeluarga terkejut apabila diberitahu yang beliau (Wan Aminuddin) sudah tiada, kami reda dengan pemergiann­ya pada hari Jumaat yang mulia ini,” katanya.

Jenazah Wan Aminuddin akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Hulu Kelang pada Jumaat.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2017 peringkat negeri, Datuk Haris Kasim berkata pihaknya telah dimaklumka­n mengenai perkara tersebut.

“Allah lebih menyayangi­nya apabila beliau meninggal dunia pada hari seluruh umat Islam sedang berselawat untuk menzahirka­n kecintaan kepada Rasulullah,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia