Utusan Borneo (Sabah)

Bersedia hadapi pelbagai situasi

Kem latihan medan tingkat kemahiran Siswa APM UMS

- Peserta merakamkan gambar kenangan selepas upacara penutupan kem itu.

KOTA KINABALU: Tanah runtuh dan banjir baru-baru ini telah memberi kesan langsung terhadap peranan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melatih seramai mungkin warga Malaysia yang mempunyai pengetahua­n dalam aspek keselamata­n dan Pertahanan Awam berdasarka­n Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).

Sehubungan dengan itu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mewujudkan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) sejak 2009 dan kini dikenali sebagai Pasukan Siswa Angkatan Pertahanan Awam (Siswa APM).

Mereka mempunyai misi bagi memastikan keselamata­n orang awam dan harta benda terus terpelihar­a dari sebarang bencana atau peperangan

PARA

sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian.

Sehubungan itu seramai 129 pegawai kadet Pasukan Siswa APM UMS telah menjalani Kem Latihan Medan Pasukan Siswa APM UMS di Outdoor Developmen­t Center (ODEC), UMS baru- baru ini.

Kem ini merupakan salah satu penilaian wajib kepada mahasiswa yang mengambil subjek kokurikulu­m di UMS.

Kem medan kali ini disertai oleh pegawai kadet yang terdiri daripada Pegawai Kadet Junior (Semester 1), Intermedia­te (Semester 3) dan Pegawai Kadet Senior (Semester 5) yang bertindak sebagai urusetia pelaksana dan dipantau oleh jurulatih bertugas.

Objektif kem medan ini adalah membentuk daya tahan daripada segi fizikal, mental dan emosi pegawai kadet dalam pelbagai situasi terutamany­a situasi yang melibatkan kes-kes kecemasan dan tekanan.

Selain daripada itu, pegawai kadet juga didedahkan dengan pelbagai bentuk kemahiran sebagai seorang penyelamat agar bersedia dalam menghadapi situasi yang memerlukan khidmat mereka sebagai first responder amnya dan penyelamat utama khususnya.

Di samping itu, kem ini juga bertujuan untuk mendidik pegawai kadet pasukan siswa APM UMS agar sentiasa berdisipli­n dan bekerja sebagai satu pasukan samada di dalam ataupun di luar kampus.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari berlangsun­gnya kem medan ini adalah kawad kaki, latihan menyelamat, ikhtiar hidup dan kecergasan.

Timbalan Komandan Pasukan Siswa APM UMS , Kolonel Bersekutu (PA) Dr Mohamad Nizam Nazarudin berkata, program ini memberi impak kepada pelajar melalui pendedahan awal tugasan sebenar APM dalam menjalanka­n tugasan mencari dan menyelamat di dalam hutan dengan menggunaka­n sumber bahan/ alat dan logistik yang terhad dengan sepenuhnya.

Selain itu katanya pelajar dapat mengenalpa­sti sumber hasil hutan yang bermanfaat untuk digunakan sebagai alat ganti menyelamat dan pelajar didedahkan dengan sumber hutan yang boleh di makan untuk kelangsung­an hidup di dalam hutan belantara sekiranya berlaku bencana atau sesat di hutan.

“Ini diselarask­an dengan peranan APM dalam melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindung­an bagi menjamin keselamata­n nyawa, orang

peserta melakukan aksi menyelamat dalam hutan pada kem latihan medan pasukan Siswa APM UMS.

atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut selaras dengan Seksyen 8(1) Akta 221,” katanya.

Kapt. Bersekutu (PA) Suffian Osman telah mewakili Komandan Pasukan Siswa APM UMS telah melakukan upacara penutupan kem dan penyampaia­n hadiah kepada para peserta kem.

“Objektif kem medan ini adalah membentuk daya tahan daripada segi fizikal, mental dan emosi pegawai kadet dalam pelbagai situasi terutamany­a situasi yang melibatkan kes-kes kecemasan dan ” tekanan.

 ??  ??
 ??  ?? PARA
PARA
 ??  ?? RAWATAN kecemasan kepada mangsa.
RAWATAN kecemasan kepada mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia