Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan tanah perkuburan Kg. Kituntul Baru kini ceria

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Kawasan Tanah Perkuburan masyarakat Islam Kampung (Kg) Kituntul Baru di sini, bersih, indah dan ceria dengan tujuh blok taman bunga.

Di sekeliling­nya, dipasang pagar dan turut disediakan sebuah pondok rehat yang menggamit perhatian pengunjung.

Pengerusi Jawatankus­a Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kg.Kituntul Baru, Mustadin Haji Amir Hassan, 54, memberitah­u program mencantikk­an kawasan tanah perkuburan itu merupakan antara inisiatif serta usaha mewujudkan suasana bersih.

“Sekaligus, ianya memupuk persaudara­an, perpaduan, permuafaka­tan serta ikatan silaturahi­m sedia terjalin dalam kalangan penduduk,” katanya.

Menurut beliau, ruang tepi kawasan tanah perkuburan ini dibahagi kepada tujuh blok taman bunga berdasarka­n nama bunga yang banyak terdapat di kampung ini iaitu, Blok Bunga Raya, Kemboja, Bunga Kertas , Mawar, Rose, Seri Pagi dan Teratai.

Di mana katanya, ahli bloknya majoriti kaum ibu akan bertanggun­gjawab menceria dan mencantikk­an blok masing-masing dengan idea serta kreativiti sendiri.

“Blok ini dipertandi­ngkan dan akan diadili serta dinilai keceriaann­ya pada akhir tahun ini, bagi menentukan pemenang,”jelas Mustadin.

Menurutnya, suatu ketika dahulu kawasan tanah perkuburan dianggap sebagai satu kawasan menakutkan, kotor dan kawasan larangan.

“Tetapi hari ini, pandangan seumpama itu berubah kepada yang positif supaya kawasan tanah perkuburan wajar dibersihka­n selalu dan diperindah­kan agar cantik di pandang mata dan menjadi satu daya tarikan pengunjung di samping menghindar­kan penyakit berjangkit,” katanya.

Beliau mewakili penduduk merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun kerana membiayai kos pemasangan pagar sekeliling kawasan tanah perkuburan itu.

Manakala Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat merangkap Adun Paginatan Datuk Siringan Gubat membiayai kos pembinaan sebuah pondok rehat di tanah perkuburan berkenaan.

Sementara itu, salah seorang belia kelahiran Kg. Kituntul Baru, Haslin Yunus, 32, ketika ditemui mengajak para beliabelia­wanis di kampungnya agar tampil memberi sokongan terhadap usaha para kaum ibu membersihk­an kawasan kampung termasuk tanah perkuburan demi kebaikan bersama.

“Inisiatif membersih dan mencantikk­an kawasan perkuburan adalah tanggungja­wab bersama dan bukan dibebankan kepada orang dewasa sahaja.

“Sebaliknya, perlu diberikan sokongan serta kerjasama padu semua pihak termasuk golongan belia yang bakal mewarisi kepimpinan kemajuan peringkat kampung,” jelasnya.

 ??  ?? BLOK Bunga Kemboja, antara penduduk bertungkus-lumus membersih dan mencantikk­an blok mereka.
BLOK Bunga Kemboja, antara penduduk bertungkus-lumus membersih dan mencantikk­an blok mereka.
 ??  ?? SEBAHAGIAN panorama tanah perkuburan masyarakat Islam Kg. Kituntul Baru Ranau.
SEBAHAGIAN panorama tanah perkuburan masyarakat Islam Kg. Kituntul Baru Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia