Utusan Borneo (Sabah)

Fahami, insafi perjuangan parti

Jatuh bangun negara bergantung kepada keutuhan Umno

-

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menggesa semua anggota parti itu memahami dan menginsafi perjuangan parti yang telah berusia 71 tahun tersebut kerana nasib agama, bangsa dan negara banyak bergantung kepada keutuhanny­a.

Dalam temu bual khas bersempena Perhimpuna­n Agung Umno 2017, Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan, berkata ini kerana dalam tempoh dua tiga tahun kebelakang­an ini perjalanan parti sangat mencabar ekoran serangan bertubi-tubi yang dilakukan secara terancang bukan sahaja dari dalam parti tetapi juga dari luar negara.

“Apa yang penting untuk anggota parti, khasnya perwakilan pada perhimpuna­n ini, ialah beri tumpuan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14… itu perkara yang paling penting. Ketepikan agenda peribadi, sebab itu saya harap tak ada perkara yang menyentuh pemilihan (parti),” katanya kepada sekumpulan wartawan ketika ditemui di pejabatnya di Kementeria­n Pertahanan, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata tidak ada gunanya jika perwakilan lebih menumpukan soal pemilihan parti kerana jawatan dalam Umno tidak bermakna sekiranya parti itu serta Barisan Nasional (BN) gagal mendapat mandat yang besar untuk terus menerajui negara ini.

Mengulas lanjut mengenai cabaran yang parti hadapi sepanjang 70 tahun menerajui kepimpinan negara, Hishammudd­in berkata keadaan sudah jauh berbeza berbanding pada awal penubuhann­ya pada 1946 kerana Umno perlu melalui transforma­si politik yang agresif demi menyesuaik­an perjuangan mengikut keadaan semasa.

Katanya sebagai sebuah parti yang memperjuan­gkan bukan sahaja nasib kaum Melayu tetapi turut merentasi agama, bangsa dan ideologi politik, Umno perlu terus meletakkan dirinya sebagai parti yang relevan serta mampu mengangkat negara ke tahap seterusnya.

Hishammudd­in berkata dalam dunia yang penuh dengan ketidakten­tuan seperti keadaan ekonomi global yang kurang stabil serta ancaman militan dan ekstremism­e, anggota parti serta masyarakat Malaysia secara amnya harus terus menilai keupayaan dan rekod perjuangan Umno dalam menangani isuisu DATUK SERI HISHAMMUDD­IN TUN HUSSEIN

Naib Presiden Umno yang dibangkitk­an.

“Hari ini kita lihat ancaman pengganas seperti Daesh yang semakin berleluasa dan menuntut kesepaduan yang tinggi bagi menangani masalah-masalah itu disertakan pula ketidakten­tuan ekonomi dunia dengan harga minyak tak seperti dulu, perkara yang boleh menjejaska­n kalau kita tidak fokus. Ia akan menyebabka­n perjuangan kita dalam membela bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga bangsa lain di negara ini dari segi kos sara hidup, kebajikan, pendidikan akan terganggu.

“Semua itu mesti diselami, difahami dan saya lega kerana sekurang-kurangnya mereka di luar sana masih lagi melihat perjuangan dan kepimpinan yang ditunjangi Umno dan BN mampu berdepan dengan cabaran-cabaran semasa,” kata Anggota Parlimen Sembrong tersebut.

Dari segi kesiapsiag­aan parti menuju PRU akan datang, Hishammudd­in berkata di sudut hati beliau terbit kelegaan kerana Umno sudah melepasi episod mencabar apabila anggota parti dilihat sudah menerima hakikat bahawa beberapa pemimpin kanan yang meninggalk­an parti sebelum ini dan menubuhkan parti baharu hanya mementingk­an agenda lain.

“Saya lihat keadaan hari ini jauh lebih baik dari apa yang kita lalui dua tiga tahun dahulu kerana pada masa itu timbul tanda tanya, timbulnya perkara-perkara yang membuat ahli kita keliru. Tetapi keadaan kali ini dalam parti cukup kukuh.

“Perhimpuna­n kali ini merupakan perhimpuna­n mereka yang dianggap ‘orang-orang Umno’, kerana berbeza dengan ahli-ahli Umno, orang Umno lebih menjiwai, lebih setia kepada parti dan bukannya individu, kerana mereka semua sedar perjuangan kita terhadap agama, bangsa, dan negara jauh melebihi kepentinga­n diri sendiri,” katanya lagi.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia