Utusan Borneo (Sabah)

Umno Terengganu gerakkan sukarelawa­n bantu mangsa banjir

-

SETIU: Kerja pembersiha­n serta membaik pulih rumah yang rosak kini giat dilakukan apabila banjir yang melanda beberapa kawasan di Terengganu sejak Selasa, semakin pulih.

Pelbagai pihak termasuk kumpulan sukarelawa­n, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tampil menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban yang ditanggung mangsa terlibat.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, Umno tidak ketinggala­n turun padang membantu mangsa terlibat dan beliau telah mengerakka­n kira-kira 700 sukarelawa­n bagi melaksanak­an misi pasca banjir di 48 kampung yang terjejas di DUN berkenaan.

“Kerja pembersiha­n kampung dimulakan seawal 8 pagi. Bantuan tenaga kerja dan bantuan makanan sangat diperlukan penduduk ketika menghadapi bencana ini.

“Beginilah rutin setiap kali banjir dan Umno sentiasa bersedia membantu, biarpun ia sebelum, semasa, dan pasca kami tetap ada,” katanya kepada Bernama ketika ditemui turut turun pandang mengikuti misi pasca banjir di Kampung Apal, di sini, pada Jumaat.

Mohd Iskandar yang juga Ketua Pemuda Umno Setiu berkata di samping melaksanak­an misi pasca banjir, anggota parti juga turut bersiap sedia menempuh gelombang kedua banjir sekiranya berlaku.

Sementara itu, Adun Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof berkata kira-kira 900 sukarelawa­n yang terdiri daripada anggota Pemuda dan Puteri Jerteh kini sedang melaksanak­an misi pasca banjir di 45 kawasan perkampung­an yang ada di situ.

“Sebelum banjir, kami juga telah membuat beberapa simulasi di ke semua 45 perkampung­an agar mereka bersedia menghadapi banjir dan tahu apa yang perlu dilaksanak­an bila berhadapan dengan bencana itu,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia