Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n Agung: Wadah Puteri Umno pacu negara ke arah TN50

-

KUALA LUMPUR: Perhimpuna­n Agung Umno minggu depan merupakan wadah Puteri Umno untuk mempersiap­kan anggotanya dari aspek minda dan fizikal untuk turut sama memacu negara ke arah Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Ketua Pergerakan­nya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kewujudan sayap itu sejak hampir 17 tahun lalu bukan bersandark­an politik retorik semata-mata tetapi ia merupakan pemangkin yang mencorakka­n hala tuju negara untuk menjadi lebih dinamik dan maju.

“Jangan mereka (wanita muda) anggap Puteri Umno ini hanya politik retorik sematamata, tetapi kami juga seorang ibu, kami juga seorang anak.

“Kita harus memikirkan bagaimana kita ingin jadikan Malaysia masa kini dan Malaysia akan datang ke arah yang lebih dinamik, lebih maju, tetapi pada masa sama mengekalka­n persekitar­an yang kondusif serta selamat untuk anak-anak kita,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang juga anggota Parlimen Masjid Tanah berkata perhimpuna­n keramat yang ditunggu-tunggu ramai itu turut akan membincang­kan tentang kesiapsiag­aan jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

“Selain daripada membangkit­kan isu mengenai politik, ekonomi, agama dan pendidikan,PuteriUmno­akanmembin­cangkan topik hangat seperti revolusi perindustr­ian 4.0 dan kecerdasan buatan,” jelas Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan itu.

Ditanya mengenai strategi Puteri Umno untuk menarik lebih ramai pengundi wanita muda, beliau berkata ia merupakan tugas dan tanggungja­wab sayapnya untuk mencari serta berhubung dengan pengundi berkenaan yang jumlahnya mencecah 1.7 juta seluruh negara.

Katanya, Puteri Umno harus mencari golongan berkenaan bagi memastikan mereka menyokong dan memangkah Barisan Nasional (BN) melalui kertas undi, seterusnya memastikan BN kembali memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU14 akan datang.

“Bentuk sokongan itu haruslah bermula dengan gerak kerja, dengan sentuhan dan pastinya dengan mengambil kira isu-isu yang melingkari wanita muda masa kini, sebab itulah perhimpuna­n agung ini cukup penting untuk kami perjuangka­n harapan dan juga hak wanita muda Malaysia,” tambahnya.

Beliau pada masa sama menyifatka­n anggota Puteri Umno seluruh negara yang jumlahnya mencecah 390,843 sehingga September lepas sebagai nadi dan jantung sayapnya itu.

“Tanpa mereka dan tanpa penglibata­n mereka yang terus ke akar umbi, pastinya Puteri Umno tidak dapat meneruskan perjuangan yang ada, hampir 17 tahun ini,” kata Mas Ermieyati.

Beliau turut menyeru anggota sayapnya supaya memanfaatk­an sepenuhnya penggunaan media sosial untuk menyalurka­n maklumat selain bertindak sebagai senjata ampuh bagi menangkis tohmahan yang dilemparka­n netizen terutama kepada pihak Umno dan BN.

Jelasnya, beliau tidak pernah mengajar anggota Puteri Umno untuk melemparka­n tohmahan bagi menyerang pihak lawan, sebaliknya mengingatk­an anggotanya bertindak bijak dan matang dengan menyediaka­n fakta dan cerita benar terhadap sesuatu isu kepada pengguna media sosial.

“Sudah pasti kami juga akan bangkitkan isu ini di perhimpuna­n agung itu, ia adalah sebahagian gerak kerja kami untuk menuju ke arah PRU14,” katanya.

Mas Ermieyati berkata orang ramai juga berpeluang menyaksika­n kempen SAFE (Stop Abuse For Everyone) yang akan dilancarka­n Puteri Umno pada 4 Dis depan selain Laman Puteri di Anjung Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini yang akan menyajikan pelbagai aktiviti seperti kempen derma darah.

Seramai 5,739 perwakilan dijadualka­n menghadiri perhimpuna­n agung lima hari itu yang akan bermula 5 Dis.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia